“KL City bukan hanya tentang Dominique da Sylva seorang sahaja,” tegas pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menjelang aksi kedua-dua pasukan pada esok (Jumaat).
Terengganu akan menanti kunjungan KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam misi menamatkan rentetan dua keputusan seri di halaman sendiri. Walaupun Dominique bakal terlepas aksi ini, Nafuzi Zain tetap berjaga-jaga dengan lawan.
KL City tetap meraih kemenangan 2-1 pada aksi minggu lalu ke atas Sri Pahang FC walaupun tanpa Dominique, malah dalam dua aksi tanpa bekas penyerang Terengganu itu, The City Boys tetap meledak empat gol, satu lagi terikat 2-2 menentang PJ City.
Itu yang membuatkan Nafuzi Zain tetap berhati-hati berdepan skuad kendalian Bojan Hodak itu walaupun baru sahaja meraih kemenangan berharga ke atas Kedah FC.
Dollah Salleh Akui Sri Pahang Kian Hilang Keyakinan, Ketandusan Penyerang https://t.co/TIgYtZayJC
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 11, 2021
Ujarnya kepada Stadium Astro menjelang pertembungan kedua-dua pasukan, “Kuala Lumpur bukan hanya tentang Dominique seorang sahaja. Kalau kita lihat, Paolo Josue, Romel [Morales] dalam dua perlawanan terakhir ini, mereka menang tanpa Dominique.”
“Secara keseluruhan, saya dapat lihat Kuala Lumpur beraksi secara berpasukan dan bukan bergantung kepada Dominique sahaja. Tanpa Dominique, mereka masih mendapat keputusan yang baik, jadi kami perlu berwaspada dan fokus,” ujarnya lagi.
Selain Paulo Josue dan Romel Morales, Nafuzi Zain turut menyebut Hadin Azman dan Indra Putra Mahayuddin sebagai pemain tumpuan dalam misi penting mereka untuk memburu kemenangan pertama selepas dua keputusan seri di halaman sendiri.
Sang Penyu hanya mampu merekodkan keputusan seri berdepan Melaka United (1-1) dan PJ City (0-0) dan mereka mahu menewaskan KL City sebagai penghargaan kepada para penyokong yang bakal kembali ke stadium pada perlawanan tersebut.
Pemain tengah pasukan Terengganu FC, Makan Konate tidak sabar untuk beraksi dihadapan penyokong pasukannya sendiri. Perlawanan pada Jumaat ini menjadi perlawanan pertama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan kembali bergema dengan laungan para penyokong pasukan ini! pic.twitter.com/bzjp83NSoP
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 14, 2021
“Dengan kehadiran penonton buat kali pertama di sini, saya harap ia dapat memberi kami semangat sejak dari minit pertama. Kami sekadar seri dalam dua perlawanan terakhir di sini, jadi kami berharap dapat mencapai kemenangan di tempat sendiri.
“Saya rasa pada ketika ini, tiada lagi kelebihan di laman sendiri buat Terengganu atau pasukan lain. Kerana jika dilihat, kami boleh mendapatkan keputusan yang baik di laman lawan dan bukannya di tempat sendiri,” tambah Nafuzi Zain lagi.
Begitupun, Terengganu perlu memperbaiki sentuhan penyudah mereka yang terjejas dalam tiga perlawanan terakhir dengan hanya merekodkan tiga gol sahaja. Kembalinya David da Silva di jentera serangan seharusnya mampu membantu mereka.
Untuk rekod, Dominique da Sylva merupakan penyerang mereka musim lalu dan telah meledak sembilan gol peribadi, namun tetap gagal meraih kontrak lanjutan.
KREDIT FEATURED IMAGE: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Baca lagi artikel lain mengenai Nafuzi Zain dan Terengganu FC:
Corak Permainan Sama Cuma Keputusan Memihak Kami, Kata Nafuzi Zain
Kurniawan Dwi Yulianto: ‘Otak’ Serangan Terengganu Ada Pada Konate
Mengapa Terengganu Ambil Risiko Kembalikan Jordan Mintah Ke TFC II?