Corak Permainan Sama Cuma Keputusan Memihak Kami, Kata Nafuzi Zain

Makan Konate, Faisal Halim, Hakimi Abdullah Terengganu Kedah 2021 keputusan

Terengganu FC tentunya lega menamatkan rentetan empat aksi tanpa kemenangan dan menurut Nafuzi Zain, keputusan memihak mereka dalam perlawanan ini.

Ujar pengendali itu dalam sidang media, corak permainan pasukannya masih sama, cuma yang membezakannya adalah keputusan perlawanan. Terengganu menang 2-1 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Terengganu bangkit menerusi sepakan penalti oleh David da Silva pada minit ke-45 dan gol kemenangan yang diledak oleh Azam Azmi di minit ke-60. Gol Kedah terhasil menerusi jaringan sendiri pemain lawan, Muhammad Mohd Fauzi di minit ke-40.

Dalam aksi ke-8 Liga Super 2021 itu, Terengganu berkunjung ke Darul Aman dalam misi memperbaiki keputusan selepas mereka gagal meraih tiga mata dalam empat perlawanan berturut-turut dan sedikit sebanyak merencatkan moral mereka.

Sementara Kedah pula dalam moral terbaik dalam apabila merekodkan empat kemenangan berturut-turut sebelum itu. Beraksi di halaman sendiri dengan kehadiran penyokong, Kedah tentunya mahu teruskan rentak tanpa kalah mereka.

Selepas aksi babak pertama yang meyakinkan, Kedah dilihat kehilangan arah sejak permulaan babak kedua. Dan Terengganu memanfaatkannya untuk menang.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, Terengganu berjaya memberi tekanan kepada benteng tuan rumah melalui dua pemain sayap iaitu Hakimi Abdullah dan Faisal Halim dengan larian-larian pantas mereka ke dalam kawasan defensif third Kedah.

Kedua-dua pemain ini yang menjadi duri dalam daging di saat Kedah masih tercari-cari rentak di awal babak kedua selepas jaringan penyamaan David da Silva menerusi sepakan penalti yang diperolehi mereka di penghujung babak pertama.

Ujar Nafuzi Zain tentang keputusan, “Saya lebih daripada berpuas hati pada malam ini. Kita menunggu lama. Perlawanan sebelum ini dan malam ini, tidak banyak berbeza pun. Kita bermain sama sahaja. Cuma dari segi keputusan sahaja berbeza.”

“Malam ini kita menang, jadi semua nampak baik dan elok. Kalau tidak menang, semua nampak sebaliknya. Tetapi normal, itulah bola sepak,” tambahnya lagi.

“Kita tahu, datang ke Kedah bukanlah mudah untuk menang. Kita banyak cicir mata [sebelum ini]. Kita ke sini untuk mendapatkan tiga mata. Kita percaya dengan apa yang kita telah sediakan dan lakukan untuk bertemu Kedah,” ujar Nafuzi Zain.

Kemenangan ke atas Kedah membantu Terengganu memintas seketika Penang FC ke kedudukan ketiga liga dengan 15 mata, 1 mata di belakang Kedah. Penang FC akan turun pada Ahad berdepan Sabah FC dan berpeluang melonjak ke kedudukan kedua.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Baca lagi artikel lain mengenai Nafuzi Zain dan Terengganu FC:

Liga Super: Terengganu Hadiahkan Kekalahan Buat Kedah Selepas 6 Perlawanan

Kurniawan Dwi Yulianto: ‘Otak’ Serangan Terengganu Ada Pada Konate

Mengapa Terengganu Ambil Risiko Kembalikan Jordan Mintah Ke TFC II?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN