Nafuzi Zain Kini Fokus 3 Terbaik Dalam Aksi Liga Super

Terengganu dilihat mahu segera bangkit daripada kekecewaan setelah tewas dalam saingan akhir Piala FA baru-baru ini di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun sedar mereka telah pun melepaskan peluang untuk menamatkan penantian selama 11 tahun bagi menjulang Piala FA, Terengganu perlu cepat menerima keputusan tersebut dan kembali memfokuskan saingan Liga Super.

Menyedari impian untuk merebut tiket ke Piala AFC sudah pun terlepas menerusi kekalahan tersebut, kini Terengganu boleh memasang impian baharu untuk sekurangnya menamatkan cabaran di tempat ketiga Liga Super 2022.

Menurut info, pasukan yang berada di kedudukan ketiga juga berpeluang untuk mendapat slot ke saingan Piala AFC sama seperti naib juara Liga Super, dan ini pastinya menjadi tumpuan utama buat Nafuzi Zain serta barisan pemain kendaliannya.

Disebabkan itu, Nafuzi jelas berharap agar kekalahan lalu tidak terlalu lama berbekas di hati para pemain terutama sekali kepada mereka yang masih lagi muda.

Beliau juga mahu mereka untuk segera bangkit kerana saingan Liga Super masih lagi belum berakhir dan Terengganu berpeluang untuk sekurangnya merebut kedudukan tiga terbaik pada penghujung musim.

“Apa yang terbaik buat kita adalah untuk fokus pada aksi Liga Super kerana sebelum ini tumpuan lebih terarah kepada Piala FA. Saya rasa kita boleh bersaing untuk kedudukan tiga terbaik.

“Penang FC menjadi aksi seterusnya dan kita perlu fokus untuk baki saingan Liga Super musim ini demi keluarga TFC,” katanya menerusi Berita Harian.

Ketika ini, Terengganu berada di kedudukan keempat carta liga menerusi 29 mata berjaya dikumpul mereka hasil daripada 17 perlawanan dilalui pasukan tersebut.

Pasukan di tangga ketiga pula masih lagi dihuni oleh Negeri Sembilan dengan 35 mata berjaya diraih mereka dan dibezakan hanya enam mata berbanding Terengganu.

Walaupun begitu, Terengganu berpeluang untuk memintas pasukan kendalian K. Devan itu kerana mereka masih kekurangan satu perlawanan serta tidak boleh keciciran sebarang mata lagi.

Pada masa sama, pengendali muda itu juga berharap barisan pemain muda yang beraksi dalam aksi final Piala FA baru-baru ini dapat mempelajari sesuatu dalam usaha mereka untuk menjadi pemain lebih baik pada masa hadapan.

“Pengalaman yang bagus untuk pemain muda kerana berpeluang beraksi di saingan berprestij seperti final Piala FA. Bagus untuk pendedahan dan pengalaman mereka.

“Sudah tentu ini akan membantu meningkatkan lagi keyakinan mereka dan situasi ini memberikan masa depan yang baik bagi bola sepak negara,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN