Terengganu dilihat kembali berada di landasan sebenar untuk mencatat kemenangan setelah tampil hambar dalam dua perlawanan lalu dengan prestasi kurang konsisten dipersembahkan.
Nafuzi Zain selaku pengendali kelab tersebut jelas menarik nafas lega menerusi keputusan semalam apabila mereka berjaya mengetepikan cabaran Sri Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi dengan keputusan 2-1.
🏴🏳️KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN🏳️🏴
[ @FCTerengganu 2-1 @OfficialPahang ]
⚽️Kpah Sherman
⚽️ Faisal Halim (P)
⚽️ Malik Arif#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/gYqCnxWsjE— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 3, 2022
Jelas pengendali tersebut, menerusi kemenangan tersebut nyata dapat memberi motivasi terbaik buat para pemain untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Kedah Darul Aman (KDA) setelah tampil hambar pada dua perlawanan lalu.
“Alhamdulillah selepas dua perlawanan yang suram, kita berjaya kembali ke landasan kemenangan. Harapan saya supaya momentum positif ini berterusan pada perlawanan akan datang,” katanya selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 dalam aksi Liga Super di SSMZA di sini, malam tadi menerusi Bernama.
Pada perlawanan semalam, Terengganu nyata tampil garang apabila meledak gol pertama mereka selepas satu minit permainan dimulakan menerusi penyerang tonggak mereka, Kpah Sherman sebelum Faisal Halim menambah gol kedua pada minit ke-79 hasil sepakan penalti.
GOAL REACTION : KPAH PLACE THE BALL WITH ACCURACY 💥
this reaction hyped by @radiomanisfm#TerengganuFC #WeBleedBlackandWhite #TFCTV pic.twitter.com/u8Tf3pHM66
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 4, 2022
Pasukan pelawat yang tampil tidak begitu konsisten cuba mencipta kebangkitan pada minit ke-86, namun segalanya sudah terlewat dan keputusan penuh kekal dengan kemenangan buat Terengganu 2-1.
Menerusi kemenangan tersebut, skuad kendalian Nafuzi berjaya mengisi tangga kelima saingan Liga Super dengan pungutan semasa 13 mata.
Sri Pahang pula terus dirundung malang apabila gagal untuk mencipta kebangkitan dan kedudukan mereka setakat ini di zon penyingkiran setelah gagal mengutip sebarang mata dalam tiga perlawanan terakhir mereka.
Menerusi tiga kekalahan berturut-turut dicatat Sri Pahang setakat ini nyata meletakkan kedudukan pengendali mereka, Gamel dalam keadaan berbahaya dan ada kemungkinan untuk disingkirkan.
Menurut pengendali tersebut ketika ditemui, beliau meletakkan segala keputusan di tangan pengurusan Sri Pahang sambil akui dirinya sangat menyayangi pasukan tersebut.
We need to come back stronger, and fast..#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #hakkaClo#extrajossmalaysia#PosMalaysia pic.twitter.com/1BuedaiHqe
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) July 3, 2022
“Saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan. Saya sayangkan Pahang dan sebarang keputusan…jika baik untuk Pahang, saya setuju demi menghormati institusi ini,” katanya yang kecewa dengan mutu pengadilan perlawanan malam tadi.