Piala FA: Ifedayo & Melaka United Akan Jumpa Johor Darul Ta’zim Di Suku Akhir

Piala FA 2022

Melaka United telah diundi bertemu dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk aksi suku akhir Piala FA 2022.

Perlawanan itu telah dianggap sebagai perlawanan tumpuan selepas apa yang berlaku baru-baru ini melibatkan pemain Melaka iaitu Ifedayo Olusegun.

Dalam undian yang dilakukan sebentar tadi, Kuching City dan Sabah perlu menunggu sehingga Rabu dan Jumaat ini untuk mengetahui siapakah lawan mereka di peringkat seterusnya.

Destinasi Kuching sama ada ke Pantai Timur atau Utara akan ditentukan selepas Terengganu bertemu Kedah Darul Aman pada Rabu ini.

Sementara Sabah akan menerima kunjungan wakil dari Lembah Klang tetapi belum boleh diputuskan sama ada Selangor atau Kuala Lumpur City yang akan terbang ke Likas.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam Pertembungan Lembah Klang pada Jumaat ini.

Sementara dua pasukan bawahan Liga Super iaitu Sri Pahang dan juga Penang turut akan bertemu sesama sendiri di peringkat suku akhir.

Ini adalah peluang terbaik untuk kedua-dua pasukan cuba mendapatkan nota positif dalam saingan piala domestik.

Undian bagi aksi separuh akhir tidak akan dilakukan dengan perlawanan ditentukan menerusi laluan yang telah diterima pasukan-pasukan di suku akhir.

Berikut adalah senarai penuh undian suku akhir dan separuh akhir Piala FA 2022:

  • Terengganu atau Kedah Darul Aman lawan Kuching City
  • Sabah lawan Selangor atau Kuala Lumpur City
  • Melaka United lawan Johor Darul Ta’zim
  • Sri Pahang lawan Penang

Undian separuh akhir Piala FA 2022:

  • Terengganu atau Kedah Darul Aman atau Kuching City lawan Sabah atau Selangor atau Kuala Lumpur City
  • Melaka United atau Johor Darul Ta’zim lawan Sri Pahang atau Penang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN