Lyon memastikan PSG meratapi kekalahan kali kedua mereka di dalam Ligue 1 musim ini dalam pertemuan dengan 3 gol kelas dunia dihasilkan. Lyon menang 2-1 di tempat sendiri. Dan pastinya bukan mudah untuk mencipta kemenangan tersebut.
Nabil Fekir membuka tirai jaringan pada minit ke-2 menerusi sepakan percuma yang sangat cantik dari jarak jauh.
https://twitter.com/OL_Plus/status/955170207718395905
https://www.youtube.com/watch?v=F_upohIYkTg
PSG yang tersentak dengan jaringan itu menggandakan asakan dan menekan Lyon. Mbappe kemudian diusung keluar padang selepas bertembung dengan penjaga gol Lyon.
Lyon ternyata kecewa kerana melepaskan bolos pada saat akhir sebelum rehat ketika mereka menjangkakan akan masuk ke bilik persalinan sebagai pemenang separuh masa pertama.
Layvin Kurzawa melakukan jaringan voli deras dari dalam kotak penalti hasil umpanan daripada Dani Alves.
BOMBA 💣💣 de Kurzawa que la clavó de un ángulo de volea en el empate parcial del #PSG ante el #Lyon . Belleza, nene 👏👏. https://t.co/J1Bz00Bv8V
— 𝘾𝘼𝙁𝙀 𝙑𝙀𝙇𝙊𝙕 ☕ (@cafeveloz_ok) January 21, 2018
Dani Alves kemudian dibuang pada pada minit ke-57. Ini selepas tindakan bodoh beliau memaki hamun pengadil selepas pengadil meniupkan wisel foul ke atas Ndombele. Alves dilayangkan ‘straight red card’.
https://www.youtube.com/watch?v=h6ISbY2pvyQ
Drama lewat perlawanan berlaku apabila bekas penyerang sayap Manchester United, Memphis Depay yang masuk pada minit ke-69 melakukan jaringan kemenangan dengan jaringan yang berkualiti tinggi.
Depay menjaringkan gol pada masa kecederaan minit ke-90+5. Depay memintas ke dalam bola dari sebelah kanan dan melakukan percubaan deras.
https://twitter.com/omoissy/status/955208259501264896
Tamat perlawanan Lyon menang 2-1. Ia membolehkan Lyon mengurangkan jurang mata dengan PSG kepada 8 mata.