Video: Cristiano Ronaldo Bermandi Darah, Bantu Real Madrid Belasah Deportivo 7-1

Real Madrid bangkit daripada ketinggalan 0-1 apabila Adrian Lopez meletakkan Deportivo La Coruna di hadapan pada minit ke-23 perlawanan, sebelum skuad bimbingan Zinedine Zidane bangkit untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 7-1.

Nacho Fernandez, Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo, masing-masing menjaringkan dua gol, manakala satu lagi jaringan Real Madrid dalam kemenangan penuh bergaya oleh Real ini disumbangkan oleh Luka Modric.

(Photo by Shot for Press/Action Plus via Getty Images)

Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan yang agak serius di kepala selepas menjaringkan gol keenam Real Madrid.

Penyerang Portugal itu dikeluarkan dengan keadaan berlumuran darah selepas dipercayai bertembung dengan kaki pertahanan lawan dalam usaha beliau menjaringkan gol tersebut.

Jaringan yang menyebabkan kecederaan kapten Portugal itu merupakan jaringan kedua peribadi, dan yang pertama di saingan La Liga pada 2018.

Ronaldo mengalami kecederaan tersebut selepas melakukan tandukan terbang untuk menyambung hantaran lintang Lucas Vazques.

Sumber: EPA

Namun bukan sekadar jaringan yang diperolehi oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu, setelah mengalami luka yang menyebabkan dirinya berlumuran darah.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah bagaimana Ronaldo memberi reaksi kepada kecederaan yang dialaminya.

Terkenal dengan raut wajah yang sering menghiasi pelbagai iklan komersial, Ronaldo adalah seorang tipikal ‘poster boy’ yang turut menjual paras rupa persis seorang model.

Risau akan kecederaan pada bahagian kepala, Ronaldo kelihatan meminjam telefon bimbit pegawai medik bertugas, meletakkan kamera di dalam ‘selfie mode’, sebelum melihat sendiri keadaan luka yang dialaminya.

Tindakan Ronaldo ini mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen di aplikasi media sosial Twitter, dengan ada yang menyifatkan Ronaldo sememangnya mempunyai sikap yang tidak pernah berubah.

Malah tingkah laku Ronaldo di atas padang selepas tercedera itu turut menenggelamkan aksi hebat Gareth Bale, yang jelas kelihatan berada di prestasi terbaik selepas pulih daripada kecederaan.

Mungkin penyokong Real Madrid seharusnya memberi lebih banyak fokus kepada prestasi menarik seperti yang ditampilkan oleh Bale, berbanding dengan aksi Ronaldo yang risaukan wajahnya yang tercedera.

Bagi yang tidak berkesempatan mengikuti perlawanan tersebut, kami sediakan highlight perlawanan melalui pautan di bawah.

Real Madrid vs Deportivo La Coruna 7-1 All Goals & Highlights (21.1.2018) HD from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN