Aksi Alexis Sanchez Berswafoto Dengan Jersi Manchester United Jadi Tular

Beberapa jam yang lalu, satu gambar Alexis Sanchez sedang berswafoto telah ditularkan di media sosial.

Gambar yang memperlihatkan sosok Alexis Sanchez dalam persalinan jersi Manchester United dengan nombor 7 di Old Trafford dengan nama Alexis di belakangnya.

Beberapa jam sebelum itu juga, Alexis Sanchez dilaporkan terbang ke Manchester dengan jet peribadi.

https://twitter.com/SergeMUFC/status/955049021634170880

Dan tidak lama selepas itu ditangkap gambarnya ketika menaiki kereta dengan wakil beliau di sekitar Carrington.

Alexis Sanchez turut berkongsi tweet semula tentang artikel berkaitan perpindahan beliau ke Manchester United.

Alexis Sanchez dilaporkan sudah menjalani ujian perubatan di Manchester United dan hanya menunggu masa diumumkan sebagai pemain Manchester United.

Perjanjian itu dikatakan melibatkan pertukaran terus dengan Henrikh Mkhitaryan. Ada juga beberapa laporan menyatakan pertukaran terus 2 pemain ini tidak melibatkan sebarang bayaran perpindahan.

Agak ironi semalam adalah hari jadi Henrikh Mkhitaryan dan ramai peminat Manchester United sedih dengan sikap pegawai media sosial Manchester United yang tidak mengucapkan selamat hari jadi kepada pemain itu ketika Mkhitaryan masih lagi pemain mereka secara rasmi.

Ternyata peminat masih ramai sayangkan Henrikh Mkhitaryan kerana komitmen dan profesionalisme pemain itu.

Henrikh Mkhitaryan turut berkongsi satu video kisah bola sepak beliau dan dalam video itu beliau menyatakan rasa bangga bermain untuk Manchester United.

Mkhitaryan juga percaya mendiang ayahnya pasti tumpang gembira dengan kejayaan beliau menjadi pemain Manchester United.

Mkhitaryan meraikan harijadi beliau dengan Mino Raiola dan Paul Pogba.

Perpindahan kali ini mengambil sedikit masa kerana Mino Raiola meminta kenaikan gaji untuk Mkhitaryan sekiranya klien beliau itu menjadi salah satu syarat perjanjian untuk Alexis Sanchez.

Pada masa yang sama, Henrikh Mkhitaryan sebelum ini masih mahu kekal di Old Trafford.

Alexis Sanchez dijangka akan menjadi pemain EPL dengan gaji termahal di Manchester United dengan nilai sekitar £400,000 seminggu.

Berita perpindahan Alexis Sanchez menjadi topik utama di media sosial melibatkan peminat Arsenal dan Manchester United. Ia adalah ulangan kepada episod Robin Van Persie sebelum ini yang memutuskan untuk menyertai Manchester United sebelum kontrak berakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN