Musim Hector Bellerin Disahkan Berakhir Kerana Kecederaan Pecah Ligamen

Mimpi buruk kini sudah menjadi kenyataan.

Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin kini sudah disahkan mengalami kecederaan serius di bahagian ligamen.

Menurut laman The Guardian, Bellerin mengalami kecederaan pecah ligamen sewaktu perlawanan Premier League menentang Chelsea tempoh hari.

Beliau mengalami kecederaan tersebut ketika separuh masa kedua, lebih menyedihkan ianya berlaku ketika beliau tidak melakukan sebarang sentuhan ketika hendak mengambil bola dari pemain Chelsea.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 19: Hector Bellerin of Arsenal is stretchered off after receiving medical treatment during the Premier League match between Arsenal FC and Chelsea FC at Emirates Stadium on January 19, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Menurut pengurus Unai Emery, beliau telah menjangkakan kecederaan ini akan berlaku dengan teruk kerana pada mula-mula beliau menyaksikan perkara itu, Bellerin tidak berada dalam keadaan baik.

Hal ini cukup merugikan Arsenal sebagai pasukan dan buat Bellerin sebagai individu kerana beliau baru saja sembuh dari kecederaan betis.

Kecederaan betis yang dialami beliau memaksa Bellerin berehat selama 4 minggu. Kini dengan kecederaan ligamen pecah ini akan membuatkan pemain berusia 23 tahun tersebut untuk berehat sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Dengan tempoh yang lama untuk berehat panjang, Bellerin terpaksa melupakan baki saingan musim ini dan hanya perlu fokus kepada persiapan untuk musim baharu.

Namun begitu, beliau perlu berhadapan dengan risiko akan mengalami kecederaan lanjutan di bahagian sendi hasil dari kecederaan pecah ligamen ini.

Sementara untuk Arsenal, dengan tersingkirnya Bellerin kerana kecederaan maka Emery hanya ada 2 pemain yang boleh diharapakn di bahagian pertahanan kanan.

Ainsley Maitland-Niles dan Stephan Lichtsteiner boleh diharapkan untuk menggantikan Bellerin dengan situasi kecederaan pemain utama Arsenal cukup meruncing ketika ini.

Selain Bellerin, Rob Holding dan Danny Welbeck turut tidak boleh beraksi kerana kecederaan.

Leave a Reply