Van Dijk Miliki Karakter Pastikan Badi 28 Tahun Untuk Liverpool Bergelar Juara Liga Berakhir

Bekas pemain Liverpool era 80an, Gary Gillespie berkata Virgil van Dijk adalah pemain yang akan membawa Liverpool menamatkan penantian 28 tahun menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini – selepas kali terakhir muncul juara liga utama England pada musim 1989-90.

Gillespie berpendapat, pemain pertahanan Belanda berusia 27 tahun itu merupakan fokal kepada kekuatan utama pasukan Liverpool untuk musim ini.

(Photo by James Baylis – AMA/Getty Images)

Liverpool menandatangani Van Dijk dari Southampton pada nilai £75 juta, sekali gus menjadikan pemain itu sebagai pertahanan termahal dunia.

Sejak tiba di Anfield, Van Dijk merupakan pilihan utama Jurgen Kloop di posisi pertahanan tengah skuad Liverpool pada musim ini.

Semangat seperti legenda

Gillespie juga berpendapat Van Dijk memahami nilai seperti yang pernah dimiliki oleh bekas-bekas pemain Liverpool di era kegemilangan The Reds.

“Saya membaca beberapa kenyataan dari Virgil van Dijk yang bercakap tentang bekas pemain seperti Kenny Dalglish, Graeme Souness, dan Phil Neal. Van Dijk dengan jelas memahami keadaan itu,” kata Gillespie kepada Mirror.

“Mereka menjadi legenda kerana cita-cita mereka untuk memperolehi kemenangan dan apa yang telah mereka capai dengan kelab itu, dan saya yakin Van Dijk mempunyai acuan yang sama,” katanya.

Watak penting

Liverpool kini mendahului tangga teratas EPL dengan mengumpul 60 mata – dibezakan 4 mata dengan pencabar terdekat Manchester City.

Meskipun persaingan liga masih terbuka buat dua persaing terkuat itu, Gillespie bagaimanapun optimis yang Liverpool mampu meraih gelaran tersebut pada musim ini.

Selain diperkuatan dengan trio serangan – Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino, Van Dijk dianggap oleh Gillespie sebagai watak utama penentu perjalanan skuad Liverpool pada musim ini.

“Skuad ini memiliki karakter kuat yang boleh memenangi trofi kejuaraan, dan dia (Van Dijk) tentu menjadi salah satu yang memberi karakter tersebut,” tegas Gillespie.

(Photo by Darren Staples/PA Images via Getty Images)

“Saya mendapat banyak pertanyaan dalam beberapa minggu terakhir ini antaranya mereka bertanya; di mana posisi van Dijk, jika dibandingkan dengan pemain seperti John Terry, Rio Ferdinand, bahkan Jaap Stam yang merupakan bek tengah terbaik dalam sejarah Liga Inggeris,” ujar Gillespie.

“Jujur, jika dilihat dari sisi kemampuan dan teknik, saya akan menempatkan dia (van Dijk) di posisi teratas. Dia benar-benar memiliki segalanya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN