Melaka United Adakan Sesi Dialog Terbuka Bersama Penyokong

Melaka United Soccer Association (MUSA) mengambil inisiatif mengadakan sesi dialog bersama penyokong dilaporkan berlangsung petang semalam.

Berdasarkan laporan di laman sesawang melakaunited.my sebelum ini, sesi dialog di antara pengurusan dan penyokong MUSA adalah terbuka dan terhad kepada 50 orang sahaja.

Barisan pengurusan MUSA. Kredut: melakaunited.my

Program yang diadakan di bilik media persatuan ini turut dihadiri individu penting dalam pengurusan MUSA.

Antara yang dilaporkan hadir untuk sesi ini ialah pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd. Yusof Mahadi dan Ketua Jurulatih Melaka berbangsa Inggeris, Eric Williams.

Turut kelihatan hadir dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden MUSA, Encik Khairul Anuar dan Datuk Haji Fadzil, Pengarah Teknikal pasukan, Encik Richard Sanapan dan juga Setiausaha Agung MUSA, Encik Noor Azman Haji Rahman.

Antara penyokong yang hadir. Kredit: melakaunited.my

Sesi dialog di antara pihak pengurusan dan penyokong tersebut dilaporkan berjalan dengan lancar.

Antara soalan yang ditanya oleh penyokong kepada pihak pengurusan ialah seperti kaedah pemilihan pemain dilakukan, sebab pemain musim lalu tidak dikekalkan serta isu-isu lain berkenaan Melaka United.

Pihak kami turut dimaklumkan status terkini penyerang kebangsaan dan bekas pemain kelab JDT, Amri Yahya sebagai masih lagi pemain bersama Melaka United.

Malacca player Mohd Amri Yahyah (R) and Selangor player Saiful Ridzuwan Selamat during Super League match at Selayang Stadium on 27 January 2017. Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Berkenaan soalan kepada kemerosotan prestasi Melaka United yang sangat ketara akhir-akhir ini, pihak pengurusan MUSA mendakwa terdapat komplot di kalangan pemain untuk tidak memberikan usaha 100% ketika aksi di atas padang.

Bagaimanapun jawapan itu tidak secara spesifik menunjukkan siapakah yang mendalangi kompolot di kalangan pemain Melaka United itu.

Kami turut dimaklumkan tiga pemain import yang bersama Melaka United akan digugurkan di jendela perpindahan yang seterusnya.

Tiga pemain import yang ditandatangani oleh Melaka United untuk membawa cabaran di Liga Super Malaysia pada musim ini ialah Sergio Aguero (Argentina), Ilija Spasojevic (Montenegro) dan bekas pertahanan Liverpool, Godwin Antwi (Ghana).

Para penyokong yang hadir dalam sesi itu turut berpeluang untuk mengemukakan cadangan dan idea kepada pihak pengurusan MUSA untuk tujuan menambahbaik prestasi pasukan Melaka United di Liga Super Malaysia musim ini.

Pengurusan dan penyokong bersatu hati demi Melaka United

Melaka United adalah juara Liga Perdana Malaysia 2016, sekaligus melayakkan mereka untuk beraksi di Liga Super pada musim ini.

Skuad yang dibimbing oleh pengendali tempatan, Mat Zan Mat Aris turut menjuarai Piala FAM pada musim sebelumnya.

Melaka United mengejutkan ramai pihak apabila menyisihkan Mat Zan Mat Aris sebagai pengendali setelah berjaya mengangkat kembali pasukan negeri Hang Tuah itu hanya dalam tempoh dua musim.

MUSA melantik bekas pengendali pasukan Bawah-16 Myanmar, Eric Williams untuk mengendali cabaran Melaka United yang pastinya lebih sengit di Liga Super Malaysia 2017.

Eric Williams juga hadir dengan reputasi hebat pernah mengendalikan Perseman Manokwari di Indonesia dan Yangon United di Myanmar.

Mat Zan Mat Aris pernah dijulang sebagai wira Melaka united. Sumber: Utusan Online

Selepas 9 perlawanan, Melaka United hanya berada di posisi ke-10 liga, 1 mata mengatasi Sarawak yang berada di zon penyingkiran. Perlawanan terakhir di saingan Liga Super Malaysia menyaksikan skuad Melaka United diratah 6-0 oleh juara AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun, langkah pihak pengurusan Melaka United mengadakan sesi dialog sebegini adalah satu langkah terpuji.

Sesi sebegini akan memberikan lebih banyak ruang untuk penyokong terlibat, terutama dalam memberikan cadangan dan berkongsi idea untuk sama-sama memajukan pasukan bola sepak mereka.

Sesi dialog bersama peminat ini sering dilakukan oleh DYAM TMJ di JDT dan kini turut melakukannya ke seluruh negara selepas Baginda dilantik sebagai Presiden FAM yang baharu pada Mac lepas.

Baca juga: Seri Dengan JDTII, Negeri Sembilan Terus Di Puncak Liga Dengan Rekod Tanpa Kalah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN