Quantcast

LIGA MALAYSIA

Seri Dengan JDTII, Negeri Sembilan Terus Di Puncak Liga Dengan Rekod Tanpa Kalah

Dalam perlawanan tumpuan Liga Premier semalam, pasukan Negeri Sembilan terikat 1 sama dengan pasukan JDTII di tempat lawan, Larkin.

Pemain terbaik bulanan PFAM, Bruno Suzuki meneruskan rentak cemerlang di hadapan gol dengan jaringan pendahuluan pada minit ke-20.

Namun jaringan itu dibalas oleh seorang lagi pemain import, iaitu Jeronimo Baralles pada minit ke-40.

Foto: JST

Keputusan ini boleh dianggap keputusan yang sangat baik untuk Negeri Sembilan. Ini selepas skuad Irfan Bakti keciciran mata di Shah Alam.

Skuad Jang buat masa ini, menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Premier dan 2 liga domestik utama di negara kita.

8 kemenangan dan 2 keputusan seri dicatatkan oleh Negeri Sembilan setakat ini. Mereka juga telah menang dengan margin 1 gol dalam kesemua 5 perlawanan terakhir mereka.

Mereka kekal di tangga teratas dengan 26 mata. 5 mata di atas PKNP dan juga Terengganu yang berkongsi mata, masing-masing di tangga ke-2 dan ke-3.

Manakala JDTII pula kekal di tangga ke-6 dalam saingan Liga Premier selepas 10 perlawanan yang mereka harungi.

Ini adalah keputusan seri ke-4 dicatatkan oleh JDTII. Menjadikan mereka pasukan ke-2 paling banyak seri setakat ini di MPL selepas UiTM FC (5).

Mereka hanya menang 1 perlawanan dalam 5 perlawanan terakhir mereka. 4 lagi berakhir seri. JDTII juga merupakan pasukan ke-2 paling tajam di hadapan gol selepas 10 perlawanan.

Hanya UiTM yang menjaringkan gol lebih banyak daripada mereka buat masa ini.

Baca juga: UiTM FC Belasah Terengganu 4-0, Akanni Sunday Jaringkan 2 Gol