Wenger Nafi Tawarkan Alexis Sanchez Gaji £300,000 Seminggu

Sidang media perlawanan Arsenal diselit dengan soalan wartawan yang bertanya, adakah benar Arsenal menawarkan kontrak lanjutan dengan gaji £300,000 seminggu kepada Alexis Sanchez.

Wenger menjawab soalan tersebut dengan berkata:

“Saya tak boleh berikan pengesahan kepada angka yang anda sebutkan itu sebab buat masa ini kami tidak tawarkan figura itu.”

“Kami sentiasa mengambil kira isu kestabilan kewangan kelab sebelum menawarkan sebarang angka kepada seseorang pemain.”

“Ini untuk memastikan dana kami stabil untuk menampung gaji keseluruhan skuad kami. Namun kami sedar akan realiti bahawa bayaran seminggu hari ini adalah bayaran untuk setahun pada 20 tahun yang lalu.”

Alexis Sanchez masih belum menurunkan tandatangan di atas kertas kontrak lanjutan di Arsenal. Namun pemain Chile ini menyatakan hasrat beliau untuk kekal di London.

Sanchez sudah menjaringkan 18 gol dan 10 bantuan gol dalam EPL musim ini setakat ini.

Wenger ternyata gembira dengan prestasi cemerlang Alexis Sanchez yang turut dicalonkan untuk Pemain Terbaik Tahunan PFA 2016/17. Beliau berkata:

“Saya sangat gembira kerana beliau akhirnya menikmati musim yang hebat. Lihatlah angka yang ada pada statistik beliau.”

ST ALBANS, ENGLAND – MARCH 07: Arsenal manager Arsene Wenger talks to Alexis Sanchez before a training session at London Colney on March 7, 2016 in St Albans, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

“Saya yakin berdasarkan kombinasi jumlah gol dan bantuan gol beliau memberikan gambaran bahawa beliau adalah pemain yang berkualiti.”

“Dia kadangkala bermain sebagai penyerang utama, memiliki kualiti ketika menerima bola, sentuhan pertama yang sangat bagus dan memiliki fokus yang diperlukan untuk menjaringkan gol.”

“Beliau sangat sukakan bola di kaki. Aksi beliau lebih menarik jika bermain di posisi sayap kerana boleh menerima bola lebih kerap.”

“Beliau perlu seimbangkan tugas untuk menjaringkan gol dan pada masa yang sama mencipta peluang gol.”

Baca juga: Melaka United Adakan Sesi Dialog Terbuka Bersama Penyokong

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN