Mungkin Taktik Saya Tidak Bagus, Kata B. Satiananthan

B Satiananthan Selangor PJ City Liga Super 2020

Di saat tersebarnya khabar angin beliau akan digantikan dengan jurulatih import, B. Satiananthan terpaksa melalui satu lagi keputusan mengecewakan.

Selangor telah diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang PJ City FC di Stadium UiTM pada Sabtu dan merencatkan sedikit sebanyak misi mereka untuk merekodkan 21 mata dalam baki tujuh perlawanan CIMB Liga Super 2020.

Mungkin taktik dah lapuk

Bercakap selepas perlawanan, Satiananthan berkata, “Sebagai jurulatih, saya kena cari ramuan di mana bila bertemu pasukan sebegini [bertahan], kita kena cari taktik yang berbeza sedikit. Tidak sangka mereka [PJ City FC] akan main sebegitu.

“Mungkin taktik saya tidak bagus, memang [saya] sudah tua, Mat Salleh lagi bagus kan? Yalah, taktik lapuk. Mungkin kena tukar sedikit,” tambah Satiananthan lagi.

Selangor turun tanpa penjaring terbanyak mereka sebelum liga tertangguh, Ifedayo Olesegun apabila meletakkan semula penyerang yang kembali daripada kecederaan, Rufino Segovia sebagai peledak tunggal dengan formasi 3-4-3.

Namun begitu, dengan pendekatan defensif yang telah dilakukan oleh The Phoenix, Gergasi Merah buntu untuk menghasilkan sebarang gol dan beberapa peluang yang dimiliki oleh mereka juga gagal diterjemahkan dengan jaringan gol.

Rufino baru pulih dan Ifedayo baru sampai

Melalui empat perlawanan tanpa meraih tiga mata dengan hanya mengumpul enam mata daripada lima perlawanan, Selangor yang disasar akan menjadi pencabar kejuaraan liga setakat ini berada di kedudukan kelapan Liga Super 2020.

“Enam mata, mungkin ketinggalan jauh. Tetapi kalau satu, dua [perlawanan] kita menang, jarak itu akan kurang. Macam Perak, sebelum bermain semalam, dia nombor berapa? Lepas itu, dia kalah dan dia ketinggalan kan?” soalnya.

“Ini [ketinggalan mata] akan berlaku. Jadi, apa yang penting adalah para pemain sudah mencuba sedaya upaya,” jelas pengendali yang kini berusia 62 tahun itu.

Menurut Satiananthan lagi, beliau terpaksa mengambil risiko menurunkan Rufino Segovia biarpun baru pulih daripada kecederaan kerana Ifedayo Olusegun baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantinnya sebaik tiba di Malaysia.

Penutup

Sebelum perlawanan, Satiananthan berkata yang dipetik daripada New Straits Times agar pemain-pemainnya tidak ambil pusing mengenai perbincangan tentang kontraknya yang dijangka tidak akan disambung lagi musim depan.

Adakah ini kesan daripada khabar angin mengenai pengambilan jurulatih luar negara tersebut? Atau mungkin seperti kata Satiananthan, taktikalnya sudah semakin lapuk?

KREDIT FEATURED IMAGE: STADIUM ASTRO

Baca lagi artikel mengenai B. Satiananthan dan Selangor:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN