Mukhairi Ajmal Mahu Skuad B-23 Negara Waspada Bertemu Vietnam

Pemain tengah berpengaruh, Mukhairi Ajmal menyuarakan pandangan supaya skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan tampil berhati-hati akan Vietnam pada saingan Piala Asia B-23 di Qatar nanti.

Terdahulu, Malaysia B-23 bakal menghadapi aksi Piala Asia B-23 di di Qatar dengan mereka ditempatkan dalam Kumpulan D bersama Vietnam, Uzbekistan serta Kuwait dalam misi untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Sebelum mengharungi saingan tersebut, skuad kendalian Juan Torres Garrido itu sudah pun membuat beberapa persiapan rapi menerusi kem latihan pusat yang telah diadakan.

Selain itu, Mukhairi bersama rakan sepasukan lain turut mengharungi dua siri perlawanan persahabatan secara tertutup untuk bertemu India dengan penghasilan keputusan sangat positif.

Jika dilihat, momentum semasa pasukan muda negara ini berada pada tahap cukup baik daripada segi persediaan untuk mengharungi saingan Piala Asia B-23, apatah lagi ia turut diperkuatkan bintang muda berkualiti seperti Mukhairi sendiri.

Walaupun begitu, Mukhairi tetap mengambil langkah berwaspada melihat kekuatan lawan bakal dihadapi mereka terutama sekali Vietnam yang dianggap sedikit misteri.

Vietnam ketika ini sah mendapatkan jurulatih baharu mereka iaitu Mai Duc Chung untuk mengendalikan negara tersebut di pentas Asia dan Mukhairi menganggap pendekatan bakal dibawa pengendali tersebut masih misteri.

Situasi itu dilihat turut dihadapi skuad senior kebangsaan sebelum itu yang mencatat kekalahan dua kali kepada Oman selepas lawan membawa masuk jurulatih baharu dalam jangka masa yang singkat.

Maka, tidak hairan mengapa bintang muda Selangor itu tampil dengan kerisauan melihat persiapan semasa Vietnam yang sukar dijangka sebelum aksi Piala Asia B-23.

“Setakat ini Uzbekistan belum tahu lagi, yang kita tahu jurulatih ada bagi tahu Vietnam tukar jurulatih, sekali gus menjadikan mereka pasukan yang misteri.

“Kita tak tahu dia (pasukan Vietnam) tukar ‘game play’ dia, jadi kita kena berhati-hati dengan semua perkara itu,” kata Mukhairi melalui laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Mukhairi juga turut meletakkan sasaran skuad Harimau Malaya B-23 mampu melepasi peringkat kumpulan dan melayakkan diri ke pentas suku akhir.

“Semua pemain sudah bersedia sebagai satu pasukan dan secara peribadi, saya mensasarkan layak ke suku akhir dan anggap satu bonus jika berjaya layak ke separuh akhir,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN