Azam Azmi Bakal Terlepas Beberapa Aksi Awal Bersama Terengganu?

Pemain pertahanan kental Terengganu, Azam Azmi Murad dilaporkan mungkin akan terlepas beberapa siri perlawanan awal bersama Sang Penyu menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula nanti.

Ini kerana beliau terpaksa berehat lebih panjang kerana isu kecederaan yang dialami ketika bersama Harimau Malaya dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pada aksi tersebut, Azam dibawa turun selaku kesebelasan utama dan berperanan sebagai pertahanan kanan untuk mengekang asakan daripada asakan daripada pasukan lawan.

Walaupun begitu, malang tidak berbau apabila Azan terpaksa dibawa keluar lebih awal pada aksi separuh masa pertama selepas ada perlanggaran membabitkan beliau bersama pasukan lawan sehingga pemain itu mengalami kecederaan selain faktor permukaan padang juga menjadi salah satu asbab.

Azam yang dianggap sebagai salah satu tonggak penting skuad bawah 23 (B-23) Malaysia itu juga sah tidak akan mengikut rakan sepasukannya ke pentas Piala Asia B-23 di Qatar.

Jelas ia bukan suatu musim yang cukup baik buat pertahanan terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK 2023) itu tatkala beliau tampil begitu cemerlang bersama Terengganu dan skuad kebangsaan tahun lalu.

Terbaharu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Mohd Sabri Abas mengesahkan pertahanan muda tersebut bakal berehat panjang kerana kecederaan dialaminya itu.

Ianya dilaporkan sendiri menerusi wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi mengenai situasi semasa Azam selepas beliau mengalami kecederaan itu di media sosial X.

“CEO Terengganu FC, Mohd Sabri Abas sahkan Azam Azmi Murad bakal berehat untuk tempoh 6-8 minggu susulan kecederaan ‘ankle’ yang dialaminya ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman Selasa lalu,” jelas Fadhirul.

Azam yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dipinjamkan kembali bersama Terengganu dan ia pastinya menjadi suatu keresahan buat Tomislav Steinbruckner untuk mengatur strategi permainan di posisi pertahanan.

Apa tidaknya, Azam menjadi antara tonggak penting buat kejayaan Sang Penyu pada musim lalu menerusi gandingan beliau bersama pemain lain seperti Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan, serta Shahrul Nizam.

Kini, perubahan pastinya bakal dibuat Steinbruckner kerana mengikut jangkaan, Azam berkemungkinan akan terlepas beberapa perlawanan awal dalam saingan liga musim 2024/2025.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan supaya Azam kembali sembuh serta mampu untuk memberi impak positif secepat mungkin bersama Terengganu serta skuad Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN