MSL2019: Jaringan Gunting Liridon Hiasi Kemenangan 2-1 Melaka Ke Atas PJ City

Debut yang cemerlang untuk Liridon Krasniqi. Beliau menjaringkan gol pembukaan untuk Melaka musim ini dengan libasan gunting [bicycle kick] yang sangat cantik.

Melaka memulakan kempen musim ini berhadapan dengan PJ City FC. Safiq Rahim mengetuai pasukan Melaka.

Melaka di hadapan pada minit ke-36 menerusi Liridon Krasniqi. Saksikan gol tercantik pada minggu pembukaan Liga Super 2019 ini.

Menuju 2 minit sebelum rehat, giliran seorang lagi pemain baharu Melaka United – Casagrande pula menambah 1 lagi gol untuk. Ianya dilakukan dengan tandukan dari dalam kotak penalti – untuk membolehkan pasukan tuan rumah masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2-0.

Petaling Jaya City FC memperbaiki aspek permainan mereka pada separuh masa kedua. Melaka United gagal untuk mendapat gol tambahan pada separuh masa kedua.

Sebaliknya PJ City yang merapatkan jurang gol pada minit ke-57 menerusi R. Bharathkumar. Sekaligus menjadikan beliau pemain pertama dalam sejarah kelab tersebut – menjaringkan gol dalam saingan Liga Super Malaysia.

PJ City jelas memberikan masalah kepada Melaka United pada separuh masa kedua. Jelas sekali Zainal Abidin perlu menggariskan aspek taktikal mereka selepas apa yang berlaku pada separuh masa kedua. PJ City tampil dengan aksi lebih yakin pada separuh masa kedua.

Tamat perlawanan, Melaka mengumpul 3 mata di hari pertama Liga Super 2019 dengan kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya City FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN