Joao Felix Bercita-Cita Mahu Ikut Jejak Langkah Cristiano Ronaldo

Felix

Wonderkid Portugal, Joao Felix, meluahkan keinginannya untuk beraksi bersama Cristiano Ronaldo dan memberi bayangan awal akan ke Serie A dengan mewakili pasukan Juventus suatu hari nanti.

Felix sering dirujuk sebagai salah seorang pemain muda berbakat Portugal pada hari ini. Beliau kini sedang mewakili SL Benfica dan bermain sebagai pemain tengah disana.

Peminat bola sepak di Portugal sering menyamakan dirinya dengan legenda Selecao das Quinas yang pernah memperkuatkan AC Milan satu ketika dahulu iaitu, Rui Manuel César Costa (Rui Costa).

Ikut Ronaldo Ke Juventus

Dengan bakat yang dimiliki Felix, pemain berusia 19 tahun itu berpotensi besar untuk menjadi buruan kelab-kelab besar di Eropah nanti.

Berkemungkinan besar, karier Felix di Benfica tidak mampu untuk bertahan lama.

Mengulas mengenai masa depannya, Felix sendiri mengakui dirinya tidak mempunyai sebarang masalah bermain dimana sahaja.

Joao Felix of Benfica celebrates his goal during the Portuguese League football match between SL Benfica and Rio Ave FC at Luz Stadium in Lisbon on January 6, 2019. (Photo by Carlos Palma/NurPhoto via Getty Images)

Beliau bagaimanapun menceritakan impiannya untuk bermain bermain bersama bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Felix menjadikan Ronaldo sebagai inspirasinya dalam membentuk diri untuk terus berkembang dalam sukan bola sepak.

“Saya ingin bermain bersama Cristiano Ronaldo, kerana dia adalah yang terbaik. Dia adalah idola, ikon dunia, dan merupakan contoh untuk semua orang,” kata Felix.

TURIN, ITALY – JANUARY 10: Juventus player Cristiano Ronaldo during a training session at JTC on January 10, 2019 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

“Boleh berada di sampingnya, boleh berlatih dengan seorang ‘raksasa’ seperti dirinya, akan membantu saya berkembang lebih pesat.”

“Dia telah buktikan dari pengorbanan diri, tekad, dan rendah hati. Dia selalu ingin berkembang. Saya benar-benar kagum melihatkan dan menjadi inspirasi untuk saya,” lanjut Felix.

Ingin raih GoldenBoy

Selain itu, Felix juga mengakui bahawa beliau turut mempunyai cita-cita untuk menggenggam trofi Golden Boy dimasa akan datang.

Kylian Mbappe merupakan pemain terakhir memenangi anugerah tersebut selepas berjaya membantu pasukan kebangsaan Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia.

LISBON, PORTUGAL – JANUARY 29: Joao Felix of SL Benfica poses for a photo with the match MVP award at the end of the Liga NOS match between SL Benfica and Boavista FC at Estadio da Luz on January 29, 2019 in Lisbon, Portugal. (Photo by Gualter Fatia/Getty Images)

“Saya juga bercita-cita menjadi pemenang Golden Boy 2019, saya ingin meraih gelaran tersebut, itu adalah hadiah yang paling menakjubkan,” tambah pemain yang berada di bawah naungan agen Jorge Mendes.

“Tahun lalu, saya masuk dalam senarai 40 calon anugerah tersebut. Kali ini, saya ingin memenangkannya.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN