Liga Super Malaysia (MSL) sekadar berada di kedudukan keempat daripada kalangan enam liga utama yang dipertandingkan di rantai Asia Tenggara.
Kedudukan tersebut adalah berdasarkan penilaian dan stastistik yang dikongsi oleh Transfermarkt.
Menurut Transfermarkt, MSL pada hari ini mempunyai nilai pasaran sekitar €37.4 juta (RM204.91 juta).
Secara keseluruhan, MSL berada di kedudukan ke-14, di belakang tiga lagi saingan di rantau Asia Tenggara yang lain.
Tidak dinyatakan dengan jelas parameter yang digunakan untuk menilai nilai pasaran semasa pertandingan-pertandingan ini, namun Transfermarkt dipercayai mengambil kira beberapa faktor seperti nilai setiap kelab bertanding berdasarkan nilai semasa pemain.
Arab Saudi terbaik Asia
Semakan lanjut di laman sesawang Transfermarkt turut menyenaraikan Saudi Profesional League (€332.2 juta) sebagai liga bola sepak paling bernilai di Asia, mengatasi J1 League (€292.24 juta) di kedudukan kedua dan UAE Pro League (€216.61 juta) di kedudukan ketiga.
Manakala K-League pula dinilai kedudukan ke-5 di belakang China Super League (CSL) – masing-masing bernilai €163 juta dan €161 juta.
#Stats | 📈 VALUE OF ASEAN DOMESTIC LEAGUES IN 2022
🇮🇩 Liga 1 Indonesia is the most valuable league in Asean in 2022 with 71.87 millions €
Data :#Transfermarkt#Liga1 #ThaiLeague #VLeague #MFL #LaoLeague #SPL pic.twitter.com/VhEg7X4aGN
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 14, 2022
Ia tidak menghairankan CSL berada di dalam senarai lima liga teratas sekiranya nilai pemain dijadikan indikasi utama, mengambil kira pelaburan besar kelab-kelab China sejak beberapa musim lalu yang memancing ramai pemain import ternama dari luar, selain program naturalisasi pemain asing.
Walaupun menduduki senarai lima teratas sebagai liga paling bernilai, CSL dianggap gagal kerana gagal membantu melahirkan pemain yang mampu membantu pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia.
Jika diperhatikan, Arab Saudi, Jepun, dan Korea Selatan memiliki liga yang lebih kompetitif dalam melahirkan pemain untuk skuad kebangsaan mereka.
Liga 1 Indonesia terbaik Asia Tenggara
Di kalangan liga di Asia Tenggara, Liga 1 Indonesia dinilai memiliki nilai pasaran yang paling tinggi (€71.87 juta) pada tahun ini.
Ia diikuti oleh Liga Thai (€71.48 juta) dan Liga Vietnam (€38.60 juta). Liga Singapura pula dinilai pada €14.76, sementara Liga Laos pula dinilai dengan harga €4.02 juta.
Semua tiga pertandingan yang memiliki nilai lebih tinggi berbanding Malaysia, mempunyai jumlah pasukan bertanding yang lebih banyak.
Liga 1 Indonesia misalnya memiliki 18 pasukan bertanding, manakala Liga Thai pula memiliki 16 pasukan. Liga Vietnam pula menyaksikan 13 pasukan mengambil bahagian.
Kesimpulan
Jika indikasi di atas mahu diambil kira, maka MSL boleh menambahbaik nilai pasaran liga dengan mempertingkatkan jumlah pasukan bertanding pada musim mendatang.
Langkah tersebut sememangnya sudah berada di dalam perancangan MFL apabila 18 buah pasukan akan bertanding dalam satu musim mulai tahun 2023.
Langkah membenarkan kelab-kelab Liga Malaysia menaturalisasikan pemain juga dilihat mampu meningkatkan nilai pasaran MSL pada tahun-tahun mendatang.
Antara pemain asing yang kini dikatakan berada di dalam radar beberapa kelab untuk dinaturalisasikan adalah seperti Lee Tuck, Sergio Aguero (Sri Pahang FC); Endric Santos (Penang FC); dan Romel Morales (KL City FC).