Tersungkur Di UCL, Ronaldo Bakal Tamatkan Musim Tanpa Trofi Buat Kali Pertama Sejak Lebih Sedekad

Cristiano Ronaldo Manchester United

Musim pertama kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United nampaknya tidak berjalan seperti yang diharapkan setelah pasukannya ‘dihumban keluar’ oleh Atletico Madrid dari saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Anak buah Ralf Rangnick gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri dalam aksi timbal balik pusingan 16 apabila tewas 1-0 hasil tandukan Renan Lodi.

Ia sekaligus meranapkan impian penyerang Portugal itu untuk sekurang-kurangnya meraih satu trofi pada musim ini setelah mereka juga telah tersingkir dari saingan Piala FA dan Piala Carabao. Malah peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) nampak begitu mustahil berdasarkan kedudukan semasa.

Ronaldo secara peribadi bakal menamatkan musim 2021/22 sini tanpa sebarang kejuaraan buat kali pertama sejak 12 tahun. Kali terakhir beliau gagal meraih gelaran dalam semusim adalah pada 2009/10 di Real Madrid.

Sepanjang 20 tahun karier profesionalnya, ini akan menjadi musim ketiganya tanpa sebrang trofi dengan satu musim lagi adalah pada 2004/05, iaitu ketika awal penghijrahannya ke Manchester United. Malah ketika berusia 17 tahun di Sporting Lisbon, beliau merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi Piala Super Portugal.

Walaupun usianya sudah mencecah 37 tahun, Ronaldo masih mengekalkan reputasinya selaku salah seorang pemain terbaik dunia dan aksinya ketika menentang Tottenham pada minggu lalu sehingga mencatat hatrik pertamanya sejak kembali ke Old Trafford.

Dengan ketibaan Ronaldo pada awal musim ini, penyokong United seolah-olah mendapat harapan baharu untuk melihat pasukan mereka mempu mencabar dua pasukan pilihan Manchester City dan Liverpool bagi kejuaraan EPL.

Apatah lagi mereka turut diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain berprofil tinggi Jadon Sancho dan Raphael Varane yang diharapkan menjadi nilai tambah yang signifikan untuk meraih sekurang-kurangnya satu trofi.

Malangnya segala perancangan nampak tidak kena sehingga menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer disingkirkan dari posisinya selaku pengurus pada pertengahan musim.

Dalam pada itu, United juga bakal berdepan hukuman daripada Kesatuan Persatuan Bola Sepak ERopah (UEFA) susulan tindakan penyokong tuan rumah yang membaling objek ke arah pengendali pasukan pelawat Diego Simeone.

Insiden berkenaan akan dimasukkan dalam laporan perlawanan UEFA dan siasatan disiplin serta hukuman menanti United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN