Michael Feichtenbeiner akhirnya meraih kemenangan pertamanya selaku pengendali sementara Selangor selepas pasukannya membelasah PDRM 7-0 dalam perlawanan ke-10 CIMB Liga Super (MSL) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sean Selvaraj muncul pemain terbaik pada malam ini selepas menjaringkan dua gol dan turut menyumbang tiga bantuan jaringan. Ifedayo Omosuyi turut meledak dua gol sementara satu gol daripada Brendan Gan, Ahmad Safwan Baharudin dan Rufino Segovia.
Ianya juga merupakan kemenangan pertama Selangor sejak pemecatan B. Satiananthan selaku Ketua Jurulatih tempoh hari.
‘Majlis kenduri’ The Red Giants bermula pada minit ke-19 apabila penyerang import dari Nigeria, Ifedayo menanduk masuk hantaran Mohamad Ashmawi Md Yakin dari sebelah kanan.
26' | GOL SEAN! @FASelangorMy menggandakan kedudukan menerusi Sean Selvaraj. #CIMBLigaSuper2020#PDRMSEL#MFLLive pic.twitter.com/urb4vVxKVF
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020
Ia diikuti oleh gerakan solo Sean yang menggelecek beberapa pemain pertahanan tuan rumah sebelum melepaskan rembatan cantik dari luar kotak penalti tujuh minit kemudian yang kemudiannya menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-33 dengan menyudahkan lorongan kemas Sandro da Silva.
Bermula babak kedua, Selangor semakin bernafsu apabila terus melebarkan kelebihan dengan gol keempat hasil jaringan Brendan Gan yang bijak menyudahkan hantaran lintang rendah pemain gantian, A. Namathevan pada minit ke-69 perlawanan.
69' | GOL BRENDAN GAN!@PDRMTheCops 0-4 @FASelangorMy #CIMBLigaSuper2020#PDRMSEL#MFLLive pic.twitter.com/0l2C3MRjHM
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020
Lima minit kemudian, PDRM terus dihukum dengan gol kelima pasukan pelawat selepas Ifedayo berjaya membuat larian untuk memanfaatakan hantaran Sean dan giliran Safwan Baharudin mencetak namanya dalam senarai penjaring pada minit ke-80.
Rufino yang dimasukkan pada permulaa separuh masa kedua meledak jaringan ketujuh ketika perlawanan berbaki tujuh minit dengan rembatan kencang hasil hantaran Sean untuk menutup malam gemilang buat pasukannya.
83' | GOL RUFINO!@FASelangorMy menambah jaringan ketujuh menerusi jaringan Rufino Segovia. #CIMBLigaSuper2020#PDRMSEL#MFLLive pic.twitter.com/LbX4b2uhQd
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 3, 2020
Selangor memperbaiki kedudukan merupakan dalam carta Liga Super dengan naik ke tangga keenam selepas mengumpul 14 mata sementara PDRM yang sudah sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan terus kekal menghuni dasar liga dengan defisit satu mata.
Kredit Foto: MFL
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan: