Ifedayo Olusegun tampil dalam aksi debut untuk Selangor di Shah Alam dalam perlawanan menentang Kedah.
Bintang kelahiran Nigeria itu tidak menunggu lama untuk membuka akaun gol beliau bersama Selangor.
Berpunca daripada sepakan percuma Sandro da Silva, penyerang baru Selangor – Ifedayo – menjaringkan gol pertama untuk Gergasi Merah. Satu tandukan agak mudah apabila Khairul Helmi langsung tidak mencabar beliau.
34'| GOL IFEDAYO!
Ifedayo Omosuyi menjaringkan gol dalam penampilan pertama beliau untuk Red Giants selepas menanduk masuk sepakan percuma dari Sandro Da Silva!@FASelangorMy 1-0 @official_kfa #LigaSuper2019#MFLLive#SELKED pic.twitter.com/RChNV1nZMj
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 15, 2019
Sebelum wisel rehat separuh masa, Ifwat Akmal melakukan ‘kesilapan budak sekolah’, apabila beliau gagal mengagak (misjudge) bola yang melambung mengatasi beliau – yang keluar daripada kawasannya.
Ifedayo diberikan gol mudah dengan hanya perlu menyempurnakan peluang terhidang.
44'| GOL IFEDAYO!
10 minit berselang Ifedayo Omosuyi sekali lagi menjaringkan gol selepas menghidu kesilapan yang dilakukan oleh Ifwat Akmal!@FASelangorMy 2-0 @official_kfa #LigaSuper2019#MFLLive#SELKED pic.twitter.com/BmrkP3jIJt
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 15, 2019
Bersambung babak ke-2, Selangor menambah 1 lagi gol pada minit ke-56. Ifedayo melengkapkan hatrik beliau dalam debut impian bersama Selangor.
Gol itu berpunca daripad Sandro yang melorongkan kepada Ifedayo. Ifedayo terus menolak kepada Sarkunan. Satu sumbangan yang ‘selfless’ daripada Sarkunan apabila melorongkan bola rendah kepada Ifedayo agar pemain itu menjaringkan hatrik.
57'| HATRICK IFEDAYO!
'Dream-debut' untuk Ifedayo Omosuyi selepas beliau melengkapkan hatrick pada minit ke-57 untuk meletakkan Red Giants 3 gol dihadapan!@FASelangorMy 3-0 @official_kfa #LigaSuper2019#MFLLive#SELKED pic.twitter.com/4wkXsv3H0m
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 15, 2019
Pada minit ke-64, Jonathan Bauman mengurangkan sedikit jurang gol dengan tandukan bebas. Farizal Harun sepatutnya lebih baik dalam situasi tersebut – namun tolakan beliau lemah- meskipun sudah melakukan refleksi yang baik.
64'| GOL JONATAN BAUMAN!
Kedah cuba kembali dalam perlawanan ini selepas Jonatan Bauman menanduk masuk sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar!@FASelangorMy 3-1 @official_kfa #LigaSuper2019#MFLLive#SELKED pic.twitter.com/Gf7VjKF6Vq
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 15, 2019
Perlawanan berakhir dengan kemenangan bergaya Selangor 3-1 ke atas Kedah.
Kemenangan ini menyaksikan Selangor memintas Kedah untuk menghuni tangga ke-3 dengan 21 mata. Manakala Kedah di tangga ke-4 dengan 19 mata.