Quantcast

LIGA MALAYSIA

MSL 2019: Hatrik Luka Milunovic Bantu Melaka Belasah Felda United 6-0

Melaka mencipta kemenangan terbesar untuk LS13 secara margin dan juga secara jumlah gol – dengan 6 gol. Semalam PJ City menjaringkan 5 gol.

Tumpuan pastinya kepada pemain import mereka Luka Milunovic yang melakar hatrik pertama beliau untuk skuad Melaka.

Melaka hanya memerlukan 4 minit untuk berada di hadapan menerusi pemain lincah Patrick Reichelt. Lihat permainan kombinasi ini, agak menarik:

Pada minit ke-25, Safiq Rahim melakukan voli deras menewaskan penjaga gol lawan.

Melaka melakukan satu lagi ‘team gol’ pada minit ke-35 yang disudahkan oleh Nazrin Nawi. Cantik permainan kombinasi mereka.

Jika 3 gol bukan jaminan – Melaka menambah 1 lagi gol menerusi Luka Milunovic. Gol tersebut membolehkan Melaka masuk ke bilik persalinan dengan 4 gol tanpa balas.

Bersambung babak ke-2, Melaka menambah 2 lagi gol ke atas pasukan Felda United yang kelihatan seperti sudah tidak berdaya untuk melawan.

Milunovic menghukum Norazlan Razali yang melakukan kesilapan penjaga gol pada minit ke-53.

Seminit sebelum wisel penamat, Luka Milunovic mencetak hatrik hasil daripada umpanan sepakan percuma Safiq Rahim.

Tamat perlawanan, Melaka 6 Felda United 0. Ini merupakan kemenangan terbesar Liga Super musim ini.

Melaka naik ke tangga-5. Manakala Felda United masih terperosok di dasar liga dengan hanya 8 mata daripada 13 perlawanan. Felda United kini sudah kemarau kemenangan dalam 6 perlawanan berturut-turut – dalam semua kompetisi.