Blueprint 50 Tahun Harapan Utama MFL Pacu Liga Malaysia Ke Tahap Lebih Maju

MFL

Malaysian Football League (MFL) meletakkan harapan tinggi terhadap Blueprint 50 Tahun yang bakal dilancarkan tidak lama lagi untuk memacu Liga Malaysia ke tahap lebih maju dan berdaya saing.

Perancangan jangka panjang yang cukup strategik itu jelas menepis tanggapan bahawa MFL tidak merangka misi dan visi untuk pembangunan Liga Malaysia serta pasukan yang bertanding.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam pelan strategik 50 tahun MFL akan menjadi satu pegangan yang kukuh buat badan pentadbir liga tempatan itu yang kini diterajui Pengerusinya, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

“Hala tuju MFL akan dibukukan untuk kita merencana perancangan jangka masa panjang. Dan saya fikir TMJ (Tunku Mahkota Johor) Tunku Ismail mahu memastikan bahawa perancangan jangka masa panjang MFL diletakkan dengan jelas sebagai pegangan dan hala tuju buat MFL dan rakan kongsinya.

“Ini kerana kita tidak mahu jika berlakunya perubahan di peringkat pengurusan tertinggi, ia akan menimbulkan ketidakstabilan jika fokus tidak diberikan kepada hala tuju yang telah ditetapkan. Dan ini yang dilakukan sendiri oleh J League dengan perancangan 100 tahun sejak 1992 terus dikekalkan walaupun apa saja perubahan dan kesukaran yang timbul,” katanya.

Kevin berkata, selepas pelancaran Blueprint 50 Tahun MFL ditangguhkan bulan lalu, mereka kini sedang mencari masa sesuai untuk dilancarkan.

“Pelancaran Blueprint ini akan diadakan tidak lama lagi, mungkin selepas raya Aidilfitri apabila Ahli
Lembaga Pengarah bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan.

“Kita sudah bersedia dan kita akan ketengahkan perancangan kita utk 50 tahun ini kerana visi TMJ untuk melakukan perkara ini bagi menjadikan MFL sebagai satu badan yang mampu bertahan untuk jangka masa panjang jadi visi ini perlu dikongsi oleh semua pihak,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan pengerusi badan pentadbir Liga Jepun (J League) Mitsuru Murai sebelum ini, Kevin berkata kenyataan rakan baik MFL itu disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

“Sebenarnya Murai memberikan satu komen yang positif dan mengatakan bahawa beliau kagum MFL sanggup melakukan perancangan jangka panjang walaupun untuk tempoh 50 tahun berbanding J League 100 tahun.

“Mereka ada bekerjasama dengan kita untuk memastikan perancangan 50 tahun kita itu adalah perancangan yang rapi dan terbaik untuk jangka masa panjang. Dan selaku rakan kongsi MFL, mereka sentiasa memberikan sokongan kepada usaha ini dan percaya dengan kekuatan yang ada pada Blueprint 50 Tahun MFL,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN