MSL 2018: Jaringan Minit Akhir Hadiahkan 3 Mata Buat JDT Di Darul Makmur

Perlawanan tunggal unifi Liga Super Malaysia semalam menyaksikan 2 pasukan utama liga bertemu sesama sendiri.

Pasukan Pahang bertemu pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT)  dalam misi membalas semula kekalahan yang dialami mereka dalam perlawanan sebelum ini di Larkin.

JDT menunjukkan kemahuan mereka dalam mencari gol dengan begitu jelas apabila mula memburu gol menerusi rembatan deras oleh Gonzalo Cabrera seawal minit ke-4.

Namun rembatan beliau itu tersasar ke tepi pintu gol pasukan Pahang.

Pahang juga turut mengancam pasukan JDT dengan tandukan Norshahrul Idlan Talaha namun seperti percubaan Cabrera – tandukannya tersasar.

30 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terutamanya JDT menghasilkan pelbagai siri serangan ke atas pintu gol pihak lawan namun tidak berhasil apa-apa.

Gambar: MFL

Hasilnya hanya muncul pada minit ke-33 apabila Fernando Marquez menanduk masuk hantaran sepakan percuma Safawi Rasid dari sebelah kiri untuk memberikan pendahuluan kepada JDT.

Beliau yang tidak dikawal rapi mudah menanduk masuk bola yang dihantar ke near post pasukan Pahang.

Gambar: MFL

Separuh masa kedua menyaksikan Pahang dan JDT terus berusaha mencari gol dalam perlawanan ini.

Misalnya, percubaan Norshahrul di awal separuh masa kedua berhasil memberikan harapan kepada Pahang namun percubaan itu terus ke dakapan Farizal Marlias.

Marquez juga terlepas peluang untuk menambah jaringan apabila gerakan beliau untuk menewaskan Helmi Eliza dalam situasi satu lawan satu dibaca mudah oleh bekas penjaga gol kebangsaan itu.

Pahang perlu menunggu sehingga minit ke-85 untuk memperoleh jaringan penyamaan menerusi Issey Nakajima-Farran selepas rembatan kaki kirinya menewaskan Farizal.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila kesilapan Helmi menjatuhkan Ahmad Hazwan Bakri dalam kotak penalti di penghujung permainan.

Penalti diberikan dan Cabrera menyempurnakannya. 3 mata untuk JDT di akhir perlawanan.

Selepas 15 perlawanan, JDT kini berkelebihan 11 mata dihadapan Perak yang berada di tangga kedua liga.

Pahang pula di tangga ketiga liga, dibezakan dengan jarak 13 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN