Julen Lopetegui Dilantik Sebagai Pengurus Baharu Real Madrid

Lopetegui

Persoalan yang bermain dalam fikiran semua peminat bola sepak selepas Zinedine Zidane meninggalkan Real Madrid adalah, siapakah pengganti beliau?

Ada beberapa nama disebut-sebut bakal menggantikan beliau antaranya pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino dan pengurus legenda Arsenal – Arsene Wenger.

Namun begitu, spekulasi itu telah pun ditamatkan dengan pilihan mengejut dilakukan oleh kelab tersebut.

Real Madrid telah mengumumkan pelantikan jurulatih skuad kebangsaan Sepanyol iaitu Julen Lopetegui sebagai pengurus baharu mereka.

Beliau dilantik dengan kontrak selama 3 tahun oleh kelab tersebut.

Lopetegui hanya akan mula berkerja sebagai pengurus Real Madrid selepas tamatnya tugas beliau bersama Sepanyol dalam saingan Piala Dunia 2018 di Rusia.

PARIS, FRANCE – MARCH 28: Julen Lopetegui, coach of Spain gives instructions during the International Friendly match between France and Spain at Stade de France on March 28, 2017 in Paris, France. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Untuk rekod, ini merupakan tugas kedua terbesar beliau dalam karier sebagai pengurus selepas menguruskan pasukan kebangsaan.

Lopetegui memulakan karier pengurusan beliau pada 2003 apabila menjadi pembantu jurulatih dalam skuad B-17 tahun Sepanyol.

Skuad remaja Sepanyol dan Lopetegui cukup sebati. Hal ini kerana, Lopetegui pernah menguruskan semua pasukan remaja Sepanyol di kesemua peringkat umur.

Selain itu juga, beliau pernah menguruskan Real Madrid Castilla yang merupakan pasukan simpanan Real Madrid selain pernah menjadi pengurus pasukan Porto sebelum menjadi pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol.

Untuk rekod, Lopetegui tidak pernah kalah dalam karier beliau sebagai pengurus Sepanyol.

MADRID, SPAIN – SEPTEMBER 02: Head coach Spain Julen Lopetegui (R) and David Villa of Spain chat during the FIFA 2018 World Cup Qualifier between Spain and Italy at Estadio Santiago Bernabeu on September 2, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Claudio Villa/Getty Images)

Tugas sebagai pengurus Real Madrid ini pastinya sukar kerana beliau perlu mengembalikan penguasaan kelab tersebut di peringkat domestik dan juga mengekalkan penguasaan mereka di peringkat Eropah.

Jadi, saingan Piala Dunia ini pastinya menarik untuk disaksikan. Andai Lopetegui berjaya membimbing Sepanyol dengan baik di Rusia, ia memberikan reputasi baik buat beliau sebelum memulakan tugas di Santiago Bernabeu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN