Rusia 2018: Pengurus Costa Rica Mengaku Beliau Tak Kenal Eden Hazard

Eden Hazard merupakan antara pemain yang cukup dikenali di seluruh dunia.

Aksi lincah beliau di sayap kiri bersama Chelsea membuatkan beliau amat diminati oleh ramai peminat bola sepak.

Namun begitu dikala beliau diminati ramai, ada satu individu tidak mengenali beliau.

Individu tersebut adalah jurulatih skuad kebangsaan Costa Rica – Oscar Ramirez.

Pengakuan jujur itu dilakukan oleh Ramirez pada sidang media pasca perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Costa Rica dan juga Belgium.

Dalam perlawanan yang berakhir dengan jaringan 4-1 memihak Belgium, Hazard melakukan bantuan gol kepada gol pertama negaranya yang disudahkan oleh Dries Mertens.

Hazard bermain baik dalam perlawanan tersebut dan nyata persembahan beliau itu kekal dalam ingatan Ramirez.

Namun, apa yang tidak kekal dalam ingatan Ramirez hanyalah nama Hazard sendiri.

“Pemain berjersi nombor 10 (Eden Hazard) itu telah lakukan banyak kerosakan kepada pasukan kami.”

“Tapi saya tak tahu nama beliau!”

BRUSSELS, BELGIUM – MARCH 27: Eden Hazard of Belgium moves away from Taiseer Aljassam during the international friendly match between Belgium and Saudi Arabia at the King Baudouin Stadium on March 27, 2018 in Brussels, Belgium. (Photo by David Rogers/Getty Images)

Kurangnya pengetahuan Ramirez mengenai pemain skuad Belgium telah mengundang respon negatif dalam kalangan wartawan Costa Rica.

Hal ini merupakan susulan kepada kegagalan Ramirez dalam mengenali para pemain skuad kebangsaan Switzerland yang berlaku tempoh hari.

“Macam mana beliau hendak bercakap jika beliau tidak kenal para pemain pihak lawan yang beliau hadapi?,” kata wartawan Teletica – Kristian Mora.

Costa Rica diletakkan dalam kumpulan E bagi saingan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Mereka memulakan kempen dengan menentang Switzerland. Kumpulan E turut dihuni oleh Brazil dan juga Serbia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN