MSL 2018: Negeri Sembilan Hancurkan Hasrat Kedah Kutip 3 Mata

Perlawanan Liga Super LS8 menemukan Kedah vs Negeri Sembilan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Kedah berada di hadapan seawal minit ke-2 menerusi Liridon Krasniqi. Namun Negeri Sembilan terus membalas 2 minit kemudian menerusi N. Thanabalan.

Kedah kemudian mencipta beberapa peluang gol pada 10 minit awal perlawanan. Namun tiada penyudah. Pada minit ke-14, Andik melorongkan bola cantik kepada Sandro, namun percubaan Sandro terkena tiang.

Minit ke-16, Ifwat melakukan kesilapan yang hampir dihukum lawan. 2 minit selepas itu, Andik melakukan percubaan yang terkena jaring.

Perlawanan kemudian berlangsung dalam tempo sangat sederhanan dengan dikuasai oleh pasukan Kedah. Pada minit ke-26, pemain sayap kebangsaan, Syazwan Zainon menyempurnakan hantaran lob daripada Liridon.

Ini adalah jaringan kedua beliau dalam Liga Super musim ini. Kedah mendahulu 2-1. Minit ke-30, giliran Sandro pula menambah gol lagi untuk Kedah. Sandro menyempurnakan sepakan penalti. Kedah melangkah ke bilik persalinan dengan kedudukan 3-1.

Kredit: Sukan Malaysia Online

Bersambung babak ke-2. Dalam tempoh 3 minit Kedah melakukan 2 percubaan bahaya menerusi Pallares dan Sandro.

Negeri Sembilan merapatkan jurang gol menerusi Nicholas Velez pada minit ke-48. Negeri Sembilan kelihatan bermain lebih baik berbanding dengan 45 minit pertama.

Kemudian, kedua-dua pasukan boleh dikatakan beraksi seimbang dalam perlawanan ini. Nidzam memasukkan Akhyar Rashid pada 11 minit terkahir.

Minit ke-86, Negeri Sembilan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Flavio Beck Junior. Ini selepas kapten Kedah, Khairul Helmi mengasari pemain lawan di dalam kotak penalti.

Baddrol melakukan tandukan yang hampir meletakkan Kedah di hadapan sekali lagi.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 3-3. 2 kali Negeri Sembilan bangkit dalam perlawanan ini. Pertama ketika ketinggalan 1 gol. Kedua, ketika ketinggalan 2 gol. Setiap mata sangat berharga untuk Negeri Sembilan.

Keputusan seri ini membuatkan Negeri Sembilan hanya dipisahkan 3 mata daripada zon selamat. Untuk pasukan Kedah, ianya bukan keputusan yang baik. Sudah berapa kali mereka ulang skrip yang sama seperti ini musim ini.

Mereka menjaringkan 2,3 ataupun 4 gol tetapi tetap bolos dengan banyak kerana kelekaan dan kesilapan pertahanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN