JDT Beri Penjelasan Mengapa Perlawanan Menentang Selangor Ditangguhkan

Jika anda menonton aksi perlawanan Shopee Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Pahang yang berlangsung tempoh hari, pasti anda terkejut dengan keadaan padang pada perlawanan tersebut bukan?

Mana tidaknya, padang Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin pada malam tersebut berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Hal ini berlaku kerana cuaca hujan lebat yang melanda bahagian Larkin hingga menyebabkan keadaan padang tidak berada pada tahap yang baik.

Baru-baru ini, perlawanan unifi Liga Super di antara JDT dan juga Selangor dianjak tarikhnya dari 1 Mei ke 2 Mei atas alasan yang sama.

Notis pemberitahuan penangguhan perlawanan unifi Liga Super antara JDT dan Selangor

Anjakan tarikh ini pastinya menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun pihak JDT telah memberikan penerangan mengenainya.

Menurut Hiroi Koichi yang merupakan penyelia padang untuk pasukan JDT, isu ini berlaku kerana terdapat masalah dengan sistem pengaliran air yang berlaku di stadium.

Tambah Koichi lagi, selain sistem pengaliran yang tersumbat terdapat juga lambakan pasir yang menyebabkan air bertakung jika berlaku hujan lebat.

Situasi ini nyata tidak memberi sebarang kesan positif kerana ia ternyata menjejaskan kualiti bola sepak yang ingin dipersembahkan.

Koichi turut mendedahkan yang kerja baik pulih ini memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan.

Oleh itu, seusai tamat perlawanan menentang Selangor pada malam ini kerja-kerja baik pulih akan terus dilakukan kerana JDT 10 hari untuk membaikinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN