MSL 2018: Perak Benam Cabaran Kedah Untuk Raih Kemenangan Pertama Liga Super 2018

Perak

Perak berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 selepas menumpaskan Kedah dengan keputusan 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Separuh masa pertama

Kedah melakukan beberapa perubahan pada perlawanan ini apabila terpaksa beraksi tanpa pemain tonggak seperti Khairul Helmi Johari, Syazwan Zainon dan Mohd Ifwat Akmal Bin Chek Kassim.

Perak pula masih menggunakan kesebelasan utama yang sama seperti perlawanan bertemu Pahang pada Ahad lalu.

Skuad The Bos Gaurus itu mendapat peluang untuk membuka tirai jaringan di minit ke-18 apabila berjaya mencipta jaringan menerusi tandukan dari Gilmar Jose Da Silva Filho. Namun penyerang berusia 29 tahun dari Brazil itu terlebih dahulu dikesan ofsaid.

Gilmar pantas mengubat kehampaan tersebut dengan meledakkan satu rembatan padu dari luar kotak penalti untuk Perak mendahului pada minit ke-21.

Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, Kedah berusaha untuk memperkemaskan aksi bagi kembali menyamakan kedudukan. Usaha yang dilancarkan masih belum mampu untuk menjelmakan jaringan.

Pemain muda sedang meningkat naik, Muhammad Akhyar Abdul Rashid mempamerkan corak permainan lincah yang membuatkan beliau seringkali menjadi mangsa terjahan pertahanan Perak.

Pada minit akhir babak pertama, Sandro Da Silva memperoleh peluang keemasan setelah rembatan yang dilakukannya dalam kotak penalti singgah hanya di tiang gol walaupun Hafizul Hakim Khairul Nizam sudah pun tertewas.

Separuh masa kedua

Ramon Marcote melakukan pertukaran pada minit ke-55 dengan mengeluarkan Amirul Hisyam Awang Kechik dan digantikan Muhammad Farhan Roslan bagi menambah bisa serangan skuad Kedah.

Walaupun Kedah kelihatan sedikit mengawal permainan namun serangan yang dilakukan Perak jelas lebih berbahaya.

Gilmar hampir menambah jaringan kedua perlawanan selepas beliau melakukan tandukan yang menggegar palang gol pada minit ke-71.

Tandukan susulan yang dilakukannya pula berjaya ditepis keluar penjaga gol Kedah, Muhd Asri Muhammad.

Pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin menghadiahkan sepakan penalti buat tuan rumah selepas Robert Cornthwaite didakwa melakukan kekasaran terhadap Akhyar Rashid pada minit ke-77.

Sandro Da Silva tidak mensia-siakan peluang tersebut dengan menyempurnakan dengan mudah sepakan penalti bagi menewaskan Hafizul Hakim.

Ketika Kedah sedang meningkatkan serangan bagi menambah jaringan, Liridon Krasniqi diperintah keluar padang selepas beliau menyiku Leandro Dos Santos.

Perak menggunakan kelebihan tersebut untuk kembali berada di hadapan pada minit ke-87 setelah Robert Cornthwaite menebus kesilapan yang dilakukannya dengan melakukan tandukan hasil sepakan percuma yang dilakukan Nazrin Nawi.

Perak terus bersemangat untuk melebarkan penguasaan tetapi percubaan dari Wander Luiz seminit selepas jaringan kedua tersebut terhasil berjaya dinafikan Muhd Asri untuk menyelamatkan gawang Kedah.

Nazirul Naim Che Hashim menoktahkan sisa perjuangan tuan rumah pada masa kecederaan selepas beliau yang menerima hantaran dari Kenny Pallraj dengan tenang melengkapkan kemenangan 3-1 untuk kemenangan pertama Perak musim ini.

Foto: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN