XI Terbaik MSL 2018 Minggu 1, Corbin Ong Dan Anzite Tersenarai

Dalam segmen kali ini kami akan menyenaraikan 11 pemain terbaik mingguan dalam setiap minggu Liga Super. Pemilihan kali ini adalah berdasarkan perlawanan pertama yang berlangsung pada Sabtu 3 Februari 2018 dan Ahad, 4 Februari 2018.

Kriteria pemilihan kami adalah berdasarkan rating pemain yang wakil kami letakkan dalam setiap perlawanan yang ditonton atau disaksikan.

Penjaga Gol- Helmi Eliza (Pahang)

Beliau adalah sebab utama pasukan Pahang mendapat 1 mata dalam perlawanan yang menyaksikan pasukan Perak lebih banyak mencipta ancaman. Beliau turut menafikan clear cut chances Nor Hakim Hassan dan Gilmar Firlho.

Bek kiri – Corbin Ong (JDT)

Kami dalam dilema memilih di antara Corbin Ong dan Qayyum Marjoni. Namun aksi pemain ini yang cemerlang dan bertenaga serta 1 bantuan gol membuatkan Corbin berada dalam senarai ini.

Beliau adalah pemain terbaik dalam ranking kami untuk minggu pertama perlawanan pertama.

Baca juga: Video: Aksi Debut Cemerlang Corbin Ong Menentang Kedah

Bek tengah – Marcos Antonio (JDT)

Beberapa bulan lalu beliau mengalami kecederaan lutut serius. Beliau mengejutkan kami ketika disenarai dalam perlawanan menentang Kedah. Sangat baik ketika bertahan dan menyumbang gol kemenangan Piala Sumbangsih JDT.

Bek tengah – Robert Cornthwaithe (Perak)

Dollah Salleh selepas perlawanan terkejut dengan aktiviti pemain beliau di dalam perlawanan yang terlalu banyak bola lambung. Namun pemain ini, Robert Corntwaithe banyak menafikan ancaman bola tinggi itu.

Bek kanan – Matthew Davies (Pahang)

Pemain ini menjadi sumber utama serangan Pahang di bahagian sayap dengan kerajinan beliau turun naik. Aksi yang baik pada perlawanan pertama. Kami juga senaraikan S. Kunanlan sebagai senarai kedua.

Kredit: Asiana

Tengah defensif – Franklin Anzite (PKNP FC)

Seorang lagi pemain yang cemerlang dalam debut. Menjadi ‘destroyer’ yang paling berpengaruh dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan. Beliau adalah bos di bahagian tengah.

Untuk pengetahuan pembaca SemuanyaBOLA, beliau adalah pemain kebangsaan Central Africa Republic.

Tengah – Natxo Insa (JDT)

Kami memilih Natxo Insa untuk digandingkan dengan Franklin Anzite. Pemain yang memiliki visi dan mengawal tempo perlawanan pasukan JDT di tengah. Kami pilih beliau sebagai kapten untuk pasukan ini.

Beliau membantu Hariss Harun untuk kembali mendapatkan rentak (settle down) dalam pasukan.

Tengah ofensif – Kipre (Terengganu)

Pemain ini bermain sebagai penyerang utama. Namun kerajinan beliau membuatkan beliau banyak bermain seperti no.10 ataupun deep lying forward. Jadi posisi no.10 tiada masalah untuk beliau.

Pemerhati kami yang menyaksikan perlawanan pertama Terengganu vs PKNS FC menyatakan yang Kipre adalah sebab utama anda menonton Terengganu malam itu.

Sayap kiri – Rufino Segovia (Selangor)

2 gol dalam perlawanan pertama membolehkan beliau berada dalam senarai ini. Beliau meneruskan apa yang beliau telah lakukan pada musim lalu.

Sayap kanan – Keo Sokpheng (PKNP)

Pemain import untuk kuota Asean ini adalah pakej kejutan dalam perlawanan pertama. Sangat baik dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Malaysia.

Pemain sayap kanan Negeri Sembilan, Prak Mony Udom (kiri) dam Keo Sokpheng. (Kredit: Team N9FC)

Menjaringkan gol bersejarah untuk PKNP FC dan dirinya. Itulah gol debut beliau dalam MSL, itu juga gol pertama PKNP dalam sejarah Liga Super, itu juga gol kemenangan pertama PKNP dalam Liga Super.

Penyerang tengah – Yahor Zubovich (Melaka)

Beliau menjadi inspirasi pasukan Melaka dalam kebangkitan menentang Kelantan. Melakukan satu penyudah tenang selepas kawalan dada luar biasa. Gol beliau kami pilih sebagai gol tercantik minggu pertama MSL 2018.

Jurulatih – Ulisses Morais (JDT)

Beliau sentiasa mendesak pemain beliau menyerang dan fokus walaupun ketinggalan. Sangat ketara disiplin JDT dalam perlawanan menentang Kedah terutama sekali Diaz. Pembantu beliau kami pilih Abu Bakar Fadzim untuk minggu pertama.

Simpanan

Ifwat Akmal  (Kedah)
Willian Pacheco (Selangor)
Qayyum Marjoni (PKNS FC)
Abdul Malik Mat Arif (Terengganu)
R. Surendran (Melaka)
Luciano Figueroa (JDT)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN