Video: Aksi Debut Cemerlang Corbin Ong Menentang Kedah

Corbin Ong melakukan debut kompetitif untuk JDT dalam perlawanan pertama Liga Super 2018, yang juga merupakan perlawanan Sumbangsih.

Aksi cemerlang pemain kacukan Malaysia-Kanada ini mencuri perhatian ramai. Pemain yang bertenaga dan juga kreatif.

Beliau menjadi penggerak utama serangan JDT dari sayap kri daripada belakang. Corbin turut melakukan 1 bantuan gol di dalam perlawanan ini.

Dengan aksi yang meyakinkan oleh pemain JDT ini, kami menjangkakan pemain ini akan berada dalam senarai untuk dipantau lebih rapi barisan kejurulatihan Malaysia di bawah Tan Cheng Hoe.

Selain daripada aksi dinamik dengan larian bertenaga, Corbin Ong juga memilik lontaran ke dalam yang sangat kuat bak misil.

Corbin Ong melakukan debut 90 minit dalam perlawanan yang dimenangi oleh JDT 2-1. Kedah terlebih dahulu mendahului menerusi Pallares selepas kesilapan daripada Izham Tarmizi.

Luciano Figueroa menyamakan kedudukan sebelum rehat. Pada separuh masa kedua, Marcos Antonio memastikan trofi Sumbangsih milik JDT pada musim ini.

Jom kita saksikan aksi bek kiri ofensif JDT ini yang dibawa masuk dalam jendela perpindahan pra-musim 2018.

Apa komen anda tentang pemain ini dalam debut beliau? Kami harapkan Corbin Ong kekal konsisten dengan aksi sebegini.

Ini adalah perlawanan pertama beliau, masih banyak lagi perlawanan selepas ini untuk bekas pemain yang pernah beraksi di Belanda ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN