MSL 2018: Rufino Segovia & Syahmi Safari Sumbang 2 Gol, Bantu Selangor Benam Melaka United 4-1

Aksi unifi Liga Super Malaysia 2018 diteruskan dengan aksi pertengahan minggu dengan Selangor bertemu Melaka United di Stadium KLFA, Cheras.

Selangor meneruskan momentum ketika perlawanan menentang Kuala Lumpur dengan menjaringkan gol di awal permainan.

Rufino Segovia menjaringkan gol pada minit ke-8 selepas menyudah bola hasil rembatan dalam kotak penalti.

Gol tersebut merupakan gol ke-3 beliau dalam saingan unifi Liga Super Malaysia musim ini.

Sepanjang 20 minit pertama, perlawanan berlangsung perlahan dengan Selangor lebih banyak menguasai bola.

Rufino berpeluang menjaringkan gol kedua beliau pada minit ke-22 apabila rembatan luar kotak penalti beliau melambung tinggi.

Melaka United walaupun gagal mengancam kubu Selangor, berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Tiago Gomes selepas beliau menghasilkan sepakan percuma yang cukup cantik dari luar kotak penalti Selangor menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-30.

Syahmi Safari hampir menjaringkan gol kedua Selangor pada minit ke-40 selepas tandukan beliau menggegar tiang dan percubaan susulan beliau terkena sisi jaring.

Gol kedua yang dicari Selangor terus tidak kunjung tiba apabila Rufino gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-44 selepas Amri Yahyah dijathukan oleh pertahanan Melaka United.

Separuh masa kedua bermula dengan Melaka United menyerang dengan garangnya untuk mencari gol kedua mereka.

Gomes cuba menghukum pertahanan Selangor yang leka dengan melakukan percubaan ke kotak penalti namun Norazlan berjaya menepis keluar bola itu.

Kesilapan Zamir Selamat pada minit ke-54 membuka peluang kepada Syahmi untuk menjaringkan gol kedua pasukan Selangor.

Beliau menolak mudah bola itu ke dalam pintu untuk menjaringkan gol pertama beliau musim ini.

Jeon Woo Young cuba untuk menjaringkan gol dari luar kotak penalti pada minit ke-61 namun rembatanya melewati palang gol.

Evan Dimas tidak ketinggalan untuk mencari gol pertama beliau bersama Selangor namun percubaan kaki kirinya melewati palang.

Selangor menambah jaringan pada minit ke-67 apabila Rufino melakukan voli yang begitu menarik menewaskan Zamir di gol Melaka United.

Evan sekali lagi cuba menjaringkan gol namun 1 lawan 1 beliau bersama Zamir pada minit ke-78 dihalang penjaga gol itu.

Minit ke-90 menyaksikan Syahmi menjaringkan gol kedua beliau hasil serangan balas pantas selepas menerima hantaran Evan.

Secara keseluruhannya, ketajaman pintu gol Selangor berjaya menutup kelekaan pertahanan Selangor di awal separuh masa kedua.

Bagi Melaka United, malam ini semuanya tidak menjadi buat mereka.

Keputusan penuh – Selangor 4-1 Melaka United

Kesebelasan utama

Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), Syahmi Safari, Razman Roslan (ketua pasukan), Fairuz Abdul Aziz (Tamil Maran 70′), K. Kannan, Evan Dimas, Alfonso De La Cruz, Amri Yahyah (Saiful Ridzwan 82′), Willian Pacheco, D. Kugan, Rufino Segovia (Faizzudin Abidin 87′)

Melaka United: Zamir Selamat (penjaga gol), Jeon Woo Young, R. Surendran (ketua pasukan) (R, Gopinathan 57′), Tiago Gomes, Shahdan Sulaiman, Yahir Zubovich, Syawal Norsam (Nurshamil Ghani ’70), Khair Jones, G. Puaneswaran, Fakri Saarani (Farderin Kadir 78′), Steven Thichot

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Nagor Amir Noor Mohamed
  • Penolong pengadil 1: Asmadi Noor Hasni
  • Penolong pengadil 2: Junaidy Abd Samad
  • Pengadil ke-4: Tuan Mohd Yasin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN