Felda United menang 1-3 di Kuching Sarawak untuk mengesahkan status kejuaraan liga mereka pada musim 2018.
Ini bermakna, skuad ini sudah boleh merancang untuk Liga Super 2019. Felda United musim ini disingkirkan ke Liga Premier selepas gagal dalam dokumentasi yang ditetapkan oleh MFL dan FAM.
Felda memang sudah dijangka akan melepasi cabaran untuk layak ke Liga Super 2019 dengan kualiti skuad yang mereka ada. Namun kejayaan itu lebih manis apabila disulam dengan kejuaraan Liga Premier.
Fortunato adalah pemain penting dalam perlawanan ini. Separuh masa pertama beliau terlibat secara langsung dalam 2 gol Felda United. Menjadi penjaring untuk gol pertama dan menjadi pencipta gol untuk gol ke-2 Thiago Augusto.
Sarawak merapatkan kedudukan menerusi penyerang berbisa mereka, Matteo Roskam.
Namun Fortunato memastika Felda United menang 1-3 dengan jaringan ke-3 menerusi penalti pada minit ke-68.
Ini merupakan kemenangan ke-12 Felda United setakat ini dan hanya tewas sekali. Ini adalah kejuaraan Liga Premier kedua untuk mereka.
Sarawak kekal 2 mata daripada zon penyingkiran. Ngap Sayot hanya mengutip 19 mata selepas 18 perlawanan.
Kuching ternyata bukan kubu kebal pasukan Sarawak. Ini kekalahan kedua berturut-turut mereka di Kuching dan 3 kekalahan daripada 5 perlawanan terakhir mereka.
Felda United mengutip 41 mata, 10 mata di atas Felcra FC di tangga ke-2. Mereka turut cemerlang menjaringkan 41 gol setakat ini. Terbanyak dalam Liga Perdana.