Quantcast

KOMUNITI

#TwitterReacts: 15 Sebab England Tak Menang Piala Dunia Tahun Ini

Sedar tak sedar, kempen Piala Dunia 2018 berakhir dengan pasukan Perancis dimahkotakan kejuaraan kali ke-2 dalam sejarah bola sepak mereka.

Kini, sudah tiba masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada kota Moscow dan kembali semula ke tanah air.

Terdapat banyak insiden di pentas Piala Dunia edisi kali ini yang terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia; kempen Piala Dunia yang bermula di malam Raya, penggunaan VAR buat kali pertama, tayangan percuma di RTM serta penyingkiran awal pasukan-pasukan besar seperti Jerman, Sepanyol, Brazil dan Argentina.

Antara perkara lain yang menjadi buah mulut rakyat Malaysia adalah kebangkitan pasukan muda England di pentas antarabangsa. Masakan tidak, tiada siapa menyangka yang mereka akan layak ke peringkat separuh akhir dan menamatkan kempen di tempat ke-4.

Kami bertanya kepada pengikut kami di Twitter, “Kenapa pasukan England gagal memenangi Piala Dunia tahun ini?”. Respons yang kami terima, tak pernah mengecewakan.

Kami menerima lebih 150 jawapan dari followers kami di Twitter dan kami sendiri pun tergelak membaca komen-komen dari mereka.

Ini adalah 15 respons terbaik dari rakyat Malaysia mengapa “Football Is Not Coming Home” tahun ini. Nikmatilah!

  1. England hanya pasukan “kami hanya mampu memberi tekanan saja”.

2. Sebab bendera England macam bendera…. Indonesia.

3. Sebab terlalu banyak ‘trait‘ Spurs dalam pasukan.

4. Sebab mereka terlalu “Inggeris”.

5. Sebab takde Wilshere dan Lallana.

6. Sebab ketua jurulatih dia nama “Southgate”.

7. Sebab Inggeris ni bangsa penjajah.

8. Sebab mereka ada pemain Liverpool.

9. Sebab… sebab… sebab…

10. Sebab nyanyi lagu “It’s Coming Home” awal sangat.

11. Sebab banyak sangat England salah ni.

12. Padan muka.

13. Sebab masing-masing nak tunjuk ‘Power

14. Sebab ada ‘lubuk’.

15. Sebab England ni atas sikit dari Arab Saudi je.

Adakah anda bersetuju dengan komen-komen diatas? Jika ya, yang mana yang anda rasa paling tepat? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

 

 

 

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!