Laporan & Highlight: Kedah 1 Terengganu 1, Kedua-Dua Pasukan Gagal Manfaat Peluang

Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan PKNS FC masih dalam persaingan merebut tangga kedua. Matematik dia adalah mudah, pemenang dalam perlawanan Kedah dan Terengganu akan berpeluang menduduki tangga ke-2 MSL.

Kedudukan yang akan meletakkan mereka dalam persaingan ke pusingan kelayakan ACL musim hadapan.

Kedah di hadapan menerusi jaringan Baddrol Bakhtiar pada lewat separuh masa pertama. Baddrol menyempurnakan bola hasil pergelutan dalam kotak penalti dalam situasi sepakan penjuru.

Bola gagal ditolak kemas penjaga gol terus kepada Baddrol dan beliau tidak mempersiakan peluang.

Parthiban hampir menyamakan kedudukan namun lencongan beliau terkena tiang gol.

Namun jaringan itu disamakan Kamal Azizi pada separuh masa kedua. Kamal Azizi menyempurnakan bola muntah daripada penjaga gol Kedah.

Perlawanan berakhir seri 1-1.

Kedah masih gagal menang sebarang perlawanan selepas 3 perlawanan. Manakal Terengganu gagal menang 2 perlawanan berturut-turut.

Ini adalah keputusan seri ke-4 dicatatkan oleh kedua-dua pasukan musim ini.

Perlawanan seterusnya untuk Kedah adalah berhadapan dengan Perak di Ipoh. Manakala pasukan Terengganu akan bertemu Kelantan di gelanggang mereka sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN