MPL: Mat Zan Terkilan Telan Kekalahan, Namun Bangga Dengan Semangat Juang Para Pemain

Pengendali skuad Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris ternyata ada perasaan bercampur baur selepas aksi Liga Perdana berhadapan PDRM. Beliau terkilan dengan kekalahan pasukannya di tangan PDRM di tempat sendiri. Lebih perit ianya secara tak langsung membuatkan Negeri Sembilan terlepas kelebihan untuk mara ke Liga Super musim hadapan.

Namun dalam pada masa yang sama pengendali Negeri Sembilan itu memuji semangat juang para pemainnya.

Negeri sembilan mendahului lawan 2 kali dalam perlawanan ini – kedua-dua pendahuluan adalah menerusi Dzulfahmi. Namun PDRM bangkit daripada ketinggalan 2 kali untuk menang 3-2.

Kini dengan hanya tinggal satu perlawanan untuk skuad Jang menunaikan misi layak ke Liga Super. Lawan mereka pada perlawanan terakhir adalah UiTM FC yang boleh dikatakan lawan yang sukar.

Dengan kekalahan di tangan PDRM,skuad Negeri Sembilan kini berada di tangga ke-5 liga dengan 28 mata.

Selepas tamat perlawanan Mat Zan berkata: “Para pemain melakukan kesilapan pada saat-saat akhir menyebabkan lawan mudah untuk membolosi pintu gol kita [Negeri Sembilan].”

“Ini membuatkan saya agak terkilan kerana kita telah kehilangan 3 mata berharga [yang penting] untuk [membantu kita ] mara ke Liga Super.”

Di sebalik Kekecewaan itu, Mat Zan tetap memuji semangat para pemainnya dan berharap pasukannya akan menang dalam aksi terakhir menentang UiTM”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN