MPFL 2019: Kuala Lumpur Raih Kemenangan Kedua, Tundukkan Pulau Pinang 5-2

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur berjaya meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Pulau Pinang 5-2 pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, sebentar tadi.

Kemasukan pemain baharu seperti Shah Azman Ekmal, Amirul Sugito dan Azammuddin Hassan pada jendela perpindahan kedua tempoh hari nyata meningkatkan kualiti buat Kuala Lumpur.

Separuh masa pertama

Aksi pada separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah lebih banyak menjelmakan serangan berbahaya ke kubu Pulau Pinang.

Penjaga gol Pulau Pinang, Mohamad Idham Osman bagaimanapun bertindak cemerlang menafikan percubaan yang dihadapinya.

Skuad pelawat yang dibimbing Abdul Gaffaar Hossen sesekali mencipta peluang turut buntu bagi menjaringkan gol pembukaan.

Penantian jaringan Kuala Lumpur berakhir pada minit ke-17 selepas pemain Pulau Pinang, Muhammad Nurhafiz Hamid tertampan bola dalam gawang sendiri susulan hantaran lintang daripada Hazizi Mansor.

Kelebihan Kuala Lumpur itu hanya bertahan dua minit sahaja setelah Muhammad Syafiq Abdul Rasyid kembali menyamakan kedudukan.

Berpunca daripada lorongan cantik yang dilakukan Amar Ashraf Abu Bakar, Syafiq tidak melepaskan peluang untuk membolosi kawalan penjaga gol, Affiq Miswan.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan ketua jurulatih, Ahmad Khairi Aswad Ishak kelihatan lebih berbisa di hadapan gol.

Ia terbukti apabila Kuala Lumpur berjaya menambah empat lagi jaringan pada 20 minit terakhir.

Shah Azman menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-23 setelah beliau menolak masuk bola berpunca daripada rembatan Azammuddin Hassan.

Empat minit kemudian, Kuala Lumpur mengukuhkan kedudukan susulan serangan balas pantas sekaligus membolehkan Azammuddin menolak mudah hantaran Amirul Sugito untuk gol ketiga tuan rumah.

Tidak cukup dengan itu, Kuala Lumpur menambah dua lagi jaringan menerusi Mulhim Muqri Faisal dan Muhd Hazreen Ali pada minit ke-31 dan 39.

Amar Ashraf yang merupakan bekas pemain futsal kebangsaan menjaringkan gol kedua buat Pulau Pinang juga pada minit ke-39 untuk perlawanan berkesudahan 5-2 memihak Kuala Lumpur.

Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN