Mourinho: “Saya Cuma Melakukan Perkara Kecil Selepas Dihina Sepanjang 90 Minit”

Hubungan Jose Mourinho dengan penyokong Juventus terus panas. Sebelum ini, Jose Mourinho menunjukkan isyarat 3 jari kepada penyokong Juventus ketika di Old Trafford sebagai isyarat kejayaan treble beliau bersama Inter Milan.

Sebagai rekod – tiada pasukan Itali pernah melakukan treble besar (big treble) – iaitu kejayaan treble dengan kejuaraan liga dan UCL. Dalam sidang media sebelum perlawanan, Jose Mourinho sudah menjangka jenis layanan yang akan beliau terima di Turin selepas insiden 3 jari itu.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan – Jose Mourinho meraikan kemenangan beliau dengan memprovokasi penyokong Juventus dengan isyarat dia mahu mendengar – mana suara penyokong Juventus.

Leonardo Bonucci pergi ke arah Mourinho dan mempertikaikan tindakan pengendali Manchester United itu.

Mourinho kemudian diiringi oleh petugas keselamatan meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan.

Paul Scholes dalam ulasan beliau di BT Sport menyatakan dia tak terkejut dengan kelakuan Mourinho. Scholes berkata: “Inilah sikap dia – walau ke mana sahaja dia pergi.”

“Kadangkala anda harus menang dengan sedikit ‘class’, pergi bersalaman dengan pegurus lawan. Saya rasa, tiada keperluan pun beliau melakukan perkara seperti itu.”

Bercakap kepada media selepas perlawanan – Jose Mourinho menyatakan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan ke atas penyokong Juventus. Beliau sedar tindakannya itu tak perlu tetapi beliau menafikan ia satu kesalahan.

Mourinho berkata: “Di sebuah bandar Itali yang cantik – saya diserang [dihina] selama 90 minit. Saya tidak ada menghina mereka. Saya cuma melakukan melakukan perkara kecil.”

“Saya hormati Juventus, saya hormati para pemain mereka, pengurus mereka serta kualiti pasukan yang mereka ada. Dan pada masa yang sama saya sangat bangga dengan aksi anak-anak buah saya.”

“Saya datang ke sini untuk melakukan tugas saya, tidak lebih daripada itu. Saya tidak ada menyinggung sesiapa. Saya cuma melakukan isyarat meminta mereka bersuara [mengejek] saya lebih kuat lagi.”

“Mungkin saya tak perlu melakukannya. Jika kepala saya lebih tenang, saya tidak akan melakukannya. Namun begitu, apabila keluarga saya dihina termasuk keluarga Inter saya, itulah sebab saya bertindak sebegitu.”

Manchester United bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menewaskan pasukan Juventus dengan jaringan 2-1. Cristiano Ronaldo turut membuatkan beberapa penyokong Man. United agak terkilan kerana meraikan gol beliau.

Jaringan menerusi sepakan percuma Juan Mata dan gol sendiri oleh Bonucci pada lewat perlawanan membolehkan Man.United pulang dari Turin dengan 3 mata berharga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN