Eriksson Mahu Bawa Filipina Layak Ke Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2018

Bekas pengurus skuad kebangsaan England, Sven-Goran Eriksson mengintai peluang untuk merangkul kejuaraan di rantau Asia Tenggara bersama Filipina dalam saingan Piala Suzuki AFF.

Beliau yang pernah membawa England layak ke suku akhir Piala Dunia percaya mampu merealisasikan impian Filipina untuk melangkah ke pentas final selepas tiga kali perjalanan mereka terhenti di separuh akhir bermula 2001-2014.

Edisi kali ini juga menyaksikan juara lima kali yang juga juara bertahan, Thailand terpaksa beraksi dengan beberapa muka baharu selepas pemain bintang mereka tidak dapat beraksi kerana tidak mendapat pelepasan daripada pihak kelab memandangkan Piala AFF adalah kejohanan yang tiada dalam kalendar rasmi FIFA.

Skuad Filipina menjalani latihan rasmi semalam. FOTO: Azkals

Keputusan itu menyaksikan beberapa pemain utama Thailand yang beraksi di Jepun termasuk Teerasil Dangda, Chanathip Songkrasin dan kapten Theerathon Bunmathan tidak mendapat kebenaran kelab untuk beraksi manakala penjaga gawang yang berkhidmat bersama kelab Belgium, Kawin Thamsatchanan juga tidak mendapat pelepasan.

Eriksson yang pernah membawa England ke aksi suku akhir Piala Dunia pada 2002 dan 2006 berhasrat untuk memperbaiki persembahan The Azkals selepas pasukan itu berjaya ke separuh akhir sebanyak tiga kali sejak 2010-2014.

“Keseluruhan pasukan merasakan tekanan dan mereka cuba untuk beraksi lebih baik dalam edisi kali ini. Ini membawa maksud mereka perlu ke aksi final.

“Saya mungkin mudah membawa pasukan ini melangkah ke final tetapi saya tidak tahu sama ianya realistik atau tidak untuk berkata demikian pada tugasan pertama sebagai jurulatih,” ujarnya.

Filipina turut mengesahkan mereka tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol Cardiff City, Neil Entheridge kerana terikat dengan komitmen kelabnya bagi menghadapi perlawanan penting dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN