Jose Mourinho tampil dengan kenyataan panas sekali lagi mencabar para pemain beliau untuk keluar dari zon selesa.
Sebelum ini beliau mahukan Anthony Martial untuk bangkit segera.
Beliau juga menyatakan ada ramai pemain tidak tahu tanggungjawab yang mereka pikul apabila bermain dengan Manchester United.
Minggu lalu,lagenda United – Rio Ferdinand marah dengan Paul Pogba dan Jese Lingard.
Ianya selepas Pogba memuat naik status tentang keraian gol terbaru dia dan Lingard.
Pogba merakamkan aksi tersebut di bilik persalinan. Ferdinand sangat marah dan berkata:
“Anda sekarang no.6!.”
“Saya baru sahaja melihat video daripada pemain yang menari di bilik persalinan. ”
“Saya bukan tak suka mereka berseronok di media sosial.”
“Tetapi saya tidak suka apabila anda melakukan perkara seperti itu ketika anda ke-6 dalam liga, tidak bermain di UCL dan anda sedang bergelut.”
Dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Hull, pengurus Manchester United sekali lagi mengarahkan agar bintang muda mereka bangkit.
Mourinho berkata:
“Saya tidak begitu mengenali para pemain ini ketika saya mula sampai ke sini.”
“Ada antara mereka sedang leka dan terbuai-buai. Ianya mungkin kerana sudah terbiasa sebegitu.”
“Mereka harus bermain untuk menang, bertanggungawab untuk menang dan tertekan untuk menang.”
Penyokong berhak bising
Mourinho mengerti kenapa penyokong mereka bising selepas sekadar seri dengan Hull baru-baru ini.
Mourinho juga bersetuju barisan hadapan beliau terlalu tumpul.
Sebagai rekod, Manchester United hanya menjaringkan 23 gol daripada 391 cubaan terakhir mereka.
Jumlah jaringan mereka di EPL adalah 33 setakat ini. Ratio jaringan 3 terendah selepas Hull dan Southampton.
Beliau berkata:
“Saya bersetuju, kita tidak menjaringkan gol yang cukup, kita tidak menyempurnakan peluang sebaiknya.”
“Namun bola sepak telah berubah begitu banyak dalam tempoh empat tahun sejak Sir Alex Ferguson bersara.”
“Satu-satunya perkara yang tidak pernah berubah dalam diri saya adalah keinginan untuk bekerja dan bahawa keinginan untuk menang.”
“Saya tidak sukaka perkara bagus. Anda tidak mahukannya, anda mahukan yang lebih bagus.”
“Itu perkara yang saya perjuangkan masa ini dan saya akan berjuang untuk selama-lamanya.”
Baca juga: Eden Hazard Lebih Banyak Belajar Taktikal Dengan Conte Berbanding Mourinho