Keputusan Perlawanan-Perlawanan Liga Perdana 2017: Minggu 3

Liga Perdana 2017 memasuki minggu perlawanan ketiga semalam dengan 6 perlawanan dilangsungkan.

Apa yang kami boleh cakap adalah minggu ini adalah “minggu 3-1”. Hal ini kerana kebanyakan keputusan berakhir dengan keputusan 3-1!

Sabah kembali bernafas

Selepas ditewaskan Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur. Sabah akhirnya berjaya memperoleh kemenangan selepas berjaya menang 3-1 menewaskan Perlis di Kangar.

Perjalanan jauh mereka ke utara Semenanajung Malaysia nyata berbaloi selepas mereka berjaya mendapatkan gol seawal minit ke-10 hasil penyudah Jonanthan Behe.

Mereka menggandakan jaringan Maxius Musa pada minit ke-55 dan minit ke-65. Gol sagu hati Perlis dijaringkan Amir Pauzi pada penghujung permainan.

Perlawanan itu juga menyaksikan pemain Sabah Igor Cerina dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.

JDT II nyata bergaya apabila membelasah ATM 5-1 di tempat lawan!

Nicholas Fernandez, Alexander Smith dan Amer Saidin berjaya menemui jaring dengan Gabi Guerra meneruskan prestasi cemerlang beliau dengan menyumbat 2 gol.

ATM memperoleh gol menerusi Pavel Smoyachenko.

Terengganu juga memperoleh 3 mata selepas menewaskan MISC-MIFA dengan jaringan 2-1 dilaman sendiri.

Misi mereka untuk kembali segera ke Liga Super buat masa ini tiada masalah selepas Lutfulla Turaev menjaringkan 2 gol untuk memberikan 3 mata kepada pasukan tuan rumah.

Micheal Chukwubunna pula menjaringkan gol tunggal pelawat.

Bruno Suzuki terus jaring gol!

Negeri Sembilan nyata boleh berbangga dengan pembelian import mereka iaitu Bruno Suzuki kerana beliau terus menjaringkan gol untuk pasukan Jang untuk 3 minggu berturut-turut!

Namun begitu, separuh masa di Paroi menyaksikan Negeri Sembilan merupakan pasukan kedua terbaik perlawanan dibelakang pasukan pelawat – PKNP.

PKNP berjaya memperoleh gol hasil satu serangan balas pantas selepas Negeri Sembilan memperoleh sepakan penjuru. Gol yang dihasilkan oleh M. Ganesan di separuh masa itu memberikan pendahuluan sementara buat pasukan pelawat sehingga waktu rehat.

Di separuh masa kedua, Negeri Sembilan melancarkan serangan bertubi-tubi dengan nyata ia berhasil apabila Annas Rahmat menjaringkan gol penyamaan di awal separuh masa kedua menerusi situasi sepakan penjuru.

Curran Ferns menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-66, juga hasil dari situasi sepakan penjuru!

Dan akhirnya Bruno Suzuki menjaringkan gol ke-5 beliau musim ini pada minit terakhir ke-74 untuk memberikan 3 mata untuk pasukan tuan rumah.

*Nota editor: Terima kasih kepada LMreds Izreds kerana memberikan laporan perlawanan untuk perlawanan Negeri Sembilan-PKNP

Kuantan FA cemerlang di laman sendiri selepas menewaskan PDRM 3-1.

Dao Bakary memberikan pendahuluan buat PDRM pada minit ke-69 namun begitu Kuantan berjaya menemui kemenangan di penghujung permainan.

Ljubo Baranin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85 sebelum Nabilah Khan Razali menyumbat gol pada minit ke-87 dan juga minit-90.

Perlawanan ini juga menyaksikan satu gol cantik terhasil. Calon Puskas?

Kuala Lumpur pula terus mencengkam liga walaupun terikat 1-1 dilaman sendiri di tangan UiTM FC.

Guilherme De Paula sekali lagi menyelamatkan maruah skuad Warga Kota dengan jaringan penyamaan selepas pasukan pelawat mendahului menerusi Akanni Wasiu.

Anda boleh baca laporan perlawanan yang lengkap dan padat yang disedikan editor kami mengenai perlawanan Kuala Lumpur-UiTM FC di sini.

Baca juga: 3 Rumusan Ringkas Corak Taktikal Liverpool Di Bawah Klopp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN