Mourinho Menyesal Dengan Beberapa Episod Negatif Dengan Wenger

Jose Mourinho mengakui yang beliau menyesal dengan beberapa siri episod tegang dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Pengendali dari Perancis itu akan meninggalkan Arsenal selepas akhir musim ini. Mourinho sebelum ini pernah melabel Wenger sebagai pakar dalam kegagalan (specialist in failure) selepas 8 musim tanpa piala di Emirates.

Mourinho juga melabel Wenger sebagai ‘voyeur’ ketika Wenger mengkritik polisi perpindahan Chelsea pada 2005.

Beberapa hari lalu, Mourinho berkata selepas ini, mungkin mereka akan menjadi sahabat walaupun ada beberapa insiden melampau pernah berlaku di antara mereka.

“Ada beberapa perkara adalah lebih baik kita diam ataupun tidak memberikan reaksi tertentu.”

“Jelas sekali, tanpa mengeluarkan kata-kata yang mengutuk adalah lebih baik. Ketika saya tiba di England pada 2004, mereka adalah juara, pasukan juara yang popular ‘Invincibles’.”

“Selepas saya tiba di Chelsea, saya telah bersaing untuk mendapatkan kejuaraan liga itu. Pasukan mereka sangat hebat. Terima kasih kerana memberikan tekanan kepada kami untuk melakukan lebih daripada sebelum ini.”

“Kami bermain di Highbury, stadium lama yang hebat dan itu adalah perkara yang tak boleh dilupakan.”

“Adakah saya menyesal dengan beberapa episod selepas itu? Ya, dan saya yakin dia pun begitu.”

Jose Mourinho (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Mourinho juga berpendapat, Wenger turut menjadi pasukan yang menekan Manchester United di bawah Alex Ferguson dan menjadikan mereka pasukan yang hebat.

“Saya selalu berpendapat, seteru terbesar kita adalah rakan terbaik kita kerana mereka sentiasa menekan kita supaya melakukan lebih lagi.”

“Dan saya rasa penyokong Manchester United tahu sehingga 2004 adalah persaingan Sir Alex dan Wenger.”

“Pasukan hebat Arsenal itu telah membuatkan Man. United berjuang dan bertarung untuk menjadi lebih baik dan lebih baik lagi. Saya harap penyokong United ada perasaan itu, paling tak pun jangan ada rasa sakit hati. Saya rasa Wenger akan merasai rasa hormat kami kepada beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN