Vinicius Junior Berharap Dapat Bergandingan Bersama Neymar Di Real Madrid

Vinicius Junior

Wonderkid Brazil, Vinicius Junior yang secara rasminya bakal menjadi milik Real Madrid apabila usianya memasuki 18 tahun pada 12 Julai nanti memasang impian untuk bergandingan bersama Neymar di Real Madrid.

Neymar yang kini sedang dalam proses pemulihan kecederaan menjelang sepak mula Piala Dunia 2018 di Russia merupakan idola buat penyerang muda yang kini beraksi untuk Flamengo itu.

”Jika diizinkan Tuhan, Neymar dan saya akan beraksi bersama-sama di Real Madrid,” Vinicius menjelaskan kepada Guardian.

”Saya pasti akan berpihak kepadanya untuk berpindah ke Madrid kerana ini merupakan impian besar saya untuk beraksi dalam satu pasukan bersama Neymar.”

”Dia merupakan idola saya dalam bola sepak. Jika saya mendapat peluang untuk beraksi bersamanya, saya pasti akan berasa sangat gembira.”

Ketika impian untuk bergandingan dengan Neymar masih belum diketahui mampu direalisasikan atau tidak, Vinicius turut memuji seorang lagi idolanya, Cristiano Ronaldo dan mengakui kerja keras yang ditunjukkan bintang Portugal itu dapat menjadi contoh terbaik buatnya.

”Saya telah diberikan ‘hadiah’ dan keinginan untuk meningkatkan kualiti bola sepak yang semakin kuat. Dalam keadaan ini, Cristiano Ronaldo merupakan inspirasi buat saya.”

”Saya mengagumi apa yang telah dilakukannya dalam 10 tahun terakhir, bermain di peringkat tertinggi. Ia bukan hanya sekadar bakat dan kualiti tetapi juga berkait dengan kerja keras. Saya harap satu masa nanti, saya dapat memberitahu kepadanya,” jelas Vinicius memuji Ronaldo.

RIO DE JANEIRO, BRAZIL – JUNE 14: Vinicius Junior of Flamengo battles for the ball with Elton of Ponte Preta during the match between Flamengo and Ponte Preta as part of Brasileirao Series A 2017 at Ilha do Urubu Stadium on June 14, 2017 in Rio de Janeiro, Brazil. (Photo by Alexandre Loureiro/Getty Images)

”Saya tahu saya masih bukan siapa-siapa dan tidak melakukan apa-apa lagi ketika ini. Saya mahu untuk menjadi salah seorang pemain yang terbaik di dunia dan memenangi Piala Dunia.”

”Saya mahu mencapai sasaran dan membuatkan keluarga saya berbangga.”

Pada Julai 2017, Real Madrid telah berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat Vinicius Junior dengan nilai £39 juta.

Disebabkan ketika itu beliau baru berusia 16 tahun, Los Blancos terpaksa menunggu sehingga usia Vinicius menjangkau 18 tahun sebelum sah bergelar pemain Real Madrid.

Dengan usia yang begitu muda, beliau kemungkinan akan terus dipinjamkan ke Flamengo sebelum dilihat benar-benar bersedia untuk membarisi skuad gergasi Sepanyol itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN