Mourinho Lega Man. United Menang Walaupun Kualiti Pertahanan Teruk

Jose Mourinho mengkritik kualiti pertahanan pasukannya ketika menentang Bournemouth – yang disifatkannya teruk. Jaringan masa kecederaan Marcus Rasford memberikan kelegaan kepada Manchester United yang bangkit daripada ketinggalan sekali lagi.

Jose Mourinho memberitahu media selepas perlawanan bahawa beliau adalah pengurus paling bernasib baik dalam EPL. Ini kerana Man. United tidak dibelasah teruk oleh Bournemouth – selepas aksi pertahanan yang rapuh sepanjang perlawanan.

Mourinho berkata: “Skor patut 6-2. Kami bertahan dengan sangat teruk. Kami tidak mendesak [pressing] pemain lawan ataupun melakukan apa yang kami telah berlatih di pusat latihan pada minggu ini.”

Mourinho kemudiannya menyatakan kekecewaannya dengan cara Man. United memulakan perlawanan. Pasukan beliau sudah beberapa perlawanan terakhir gagal memulakan perlawanan dengan lebih baik. Menurut Mourinho: “Pasukan hebat tak akan memulakan perlawanan seteruk ini.”

“Pada separuh masa kedua, kami lebih baik dan mencipta beberapa peluang sebelum gol kemenangan pada minit ke-92”, tambah beliau lagi kepada BBC.

Bournemouth mendahului pada minit ke-10 menerusi Caluum Wilson – selepas mereka mencipta 4 peluang keemasan (big chances) dalam 10 minit pertama itu.

Manchester United bergantung kepada beberapa aksi menyelamat De Gea untuk mengelakkan mereka daripada bolos lebih banyak dalam perlawanan ini.

Namun begitu, menuju rehat pada separuh pertama – Martial menyempurnakan hantaran oleh Sanchez.

Itu adalah satu-satunya percubaan tepat dimiliki Man. United pada separuh masa pertama – berbanding 5 oleh Bournemouth.

Pada separuh masa kedua, Man. United memperkemaskan rentak mereka. Namun begitu mereka tetap beberapa kali bocor ketika bertahan.

Bournemouth harus menyalahkan diri mereka sendiri kerana tidak menggunakan beberapa kesempatan yang ada untuk menambah gol.

Man. United memiliki peluang terbaik apabila Paul Pogba melakukan percubaan betul-betul di hadapan gol. Namun ianya berjaya dikeluarkan pertahanan dan ini adalah laporan daripada teknologi garisan gol.

Dan pada masa kecederaan – pemain gantian – Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan United.

Man. United menang 2-1 mengatasi Bournemouth.  Man. United naik ke tangga ke-7 – Bournemouth kekal di tangga ke-6. Kedua-dua pasukan berkongsi 20 mata.

Manchester United selepas ini akan berkunjung ke Turin untuk berhadapan dengan Juventus dalam saingan UCL. Ini diikuti perlawanan EPL – derbi Manchester – menentang Man. City pada Ahad hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN