Malaysia Tewaskan Maldives 3-0 Dalam Aksi Pemanas Badan Sebelum Piala AFF 2018

Malaysia tewaskan Maldives 3-0 dalam perlawanan persahabatan – yang merupakan perlawanan pemanas badan sebelum ke Piala AFF 2018. Perlawanan berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia mendahului seawal minit ke-15. Hasil daripada satu hantaran oleh Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri – disempurnakan oleh Zaquan Adha – daripada keadaan yang tidak dijangka. Penyerang Kuala Lumpur itu menggunakan kualiti ‘poaching’ beliau untuk menyempurnakan hantaran itu.

Norshahrul memainkan watak penting dalam perlawanan ini dengan ciptaan beberapa peluang kepada rakan-rakannya.

Maldives memberikan respon yang sangat baik dan hampir menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu. Namun begitu, penjaga gol berpengalaman Malaysia – Khairul Fahmi Che Mat cemerlang menafikan percubaan Ali Fasir.

Maldives melancarkan beberapa ancaman bahaya – tetapi Khairul Fahmi jelas berada dalam kondisi terbaik di dalam perlawanan ini. Beliau antara pemain yang berada dalam senarai calon pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Malaysia hampir melepaskan bolos dalam keadaan berisan belakang cuba bermain-main bola di garisan akhir. Khairul Fahmi berjaya mengelakkan dirinya dibolos selepas aksi agak kasual itu.

Pada separuh masa kedua, Malaysia menambah 2 lagi gol. Safawi Rasid melakukan voli yang menarik menewaskan Hussain Shareef.

Sebelum itu beliau menguji penjaga gol itu dengan sepakan lencong yang ditepis oleh penjaga gol Maldives itu.

Ketika perlawanan kelihatan sudah berakhir – tiba giliran Mohamadou Sumareh melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Malaya dengan gol ke-3 – gol pada masa kecederaan. Satu rembatan licik mencari ‘near post’.

Malaysia tewaskan Maldives 3-0. Ini adalah perlawanan terakhir yang akan digunakan oleh Tan Cheng Hoe dalam menentukan pasukan utama beliau dalam Piala AFF 2018.

Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF 2018 pada 8 November 2018 berhadapan Kemboja.

Selamat maju jaya kepada Harimau Malaya, kami sentiasa di belakang anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN