Mourinho Akan Dipecat Jika Jual Pogba Ke Pasukan Lain

Kedudukan pengurus Manchester United, Jose Mourinho berada dalam bahaya jika pengendali itu menjual Paul Pogba ke pasukan lain, kata bekas pemain tengah di Liga Perdana Inggeris, Jermaine Jenas.

Mourinho semalam cuba menutup khabar angin berhubung persengketaan melibatkan dirinya dengan bintang Perancis itu semalam, dengan mengatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah bersama Pogba, dan mendakwa begitu gembira di samping pemain tersebut.

Kenyataan itu hadir selepas Pogba mendakwa dia tidak boleh mengeluarkan sebarang komen tentang pengurusnya, Mourinho kerana khuatir dikenakan denda setelah tamah perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris minggu lalu.

Persengketaan tersebut menyaksikan Pogba dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, yang masih boleh dilakukan memandangkan jendela perpindahan Sepanyol dibuka sehingga akhir bulan ini.

https://twitter.com/jamestingray/status/1030736416605646848

Bagaimanapun, pengulas BT Sport, Jenas berkata, dia tidak nampak bekas pemain tengah Juventus itu akan memberi kesan kepada United jika meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini, sebaliknya kedudukan Mourinho adalah lebih berbahaya.

“Saya hanya boleh lihat satu laluan sahaja sekarang, tetapi malangnya saya tidak rasa ia akan bergerak mengikut laluan Mourinho.

“Saya fikir mereka akan (menyingkirkan Mourinho) kerana sebagai kelab ia lebih masuk akal untuk melakukannya.

https://twitter.com/TodaysFootyNews/status/1029814034718060544

“Pemain sangat berkuasa pada hari ini dan United telah berbelanja besar untuk memastikan Paul Pogba datang ke Old Trafford, malah amaun besar telah dilabur untuk membina skuad selain Pogba, hakikatnya mereka datang untuk mengukuhkan pasukan.

“Mereka (United) mampu menggantikan Mourinho dengan pengendali yang lebih bagus, terdapat ramai di luar sana yang sesuai untuk menduduki posisinya,” kata Jenas yang juga bekas pemain Tottenham Hotspur secara eksklusif kepada Express Sport.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN