Alex Iwobi : ‘Kami Cuba Lakukan Yang Terbaik Demi Unai’

Pemain Arsenal, Alex Iwobi mendakwa bahawa beliau dan rakan sepasukannya cuba melakukan sebaik mungkin untuk mencapai keputusan positif dalam perlawanan menentang Chelsea semalam.

Beliau menegaskan bahawa segalanya dilakukan adalah demi pengurus mereka, Unai Emery.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 18: Alex Iwobi of Arsenal battles for possession with Alvaro Morata of Chelsea during the Premier League match between Chelsea FC and Arsenal FC at Stamford Bridge on August 18, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Sumber yang diperolehi dari akhbar Metro Sport memaklumkan bahawa, selepas perlawanan, Iwobi telah meluahkan kekecewaannya berikutan kegagalan pasukan Arsenal di Stamford Bridge.

Iwobi mendakwa bahawa pemain Arsenal memulakan perlawanan tersebut dengan berada dalam keadaan tekanan yang berlebihan.

“Kami bermula dengan tekanan. Saya tidak tahu kenapa mungkin kami seperti tidak tahu apa yang perlu untuk dilakukan”

“Tetapi pada satu ketika, kami sudah berjaya bangkit dan mengembalikan rentak permainan.”

“Malangnya, kami tidak boleh memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya.”

The Gunners terpaksa akur pada minit ke-81 selepas pertahanan The Blues, Marcos Alonso menjaringkan gol ketiga sekaligus memberikan kemenangan buat Chelsea pada perlawanan tersebut.

Kekalahan tersebut meletakkan situasi Unai Emery di Emirates semakin tertekan selepas beliau mengambil alih sebagai pengurus bagi menggantikan Arsene Wenger.

Setakat ini, skuad Arsenal terpaksa menghuni tangga ke-18 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa berjaya mengutip sebarang mata perlawanan.

Bagaimanapun, Iwobi percaya pasukannya perlu mengambil sedikit masa dibawah pengurusan yang baharu.

Iwobi berkata: “Kami berada di tahap paling tertinggi. Kami perlu meneruskan perjuangan ini, menjaga mental kami agar tidak hilang keyakinan diri”

“Kami berjuang segalanya untuk Emery.”

“Kami menikmati latihan, semua orang mengikut setiap corak latihan yang diterapkan beliau.”

“Dan saya harap semua pemain serta peminat perlu tahu, bahawa Arsenal memerlukan masa dengan pengurus baru dengan sistem baru yang kita hadapi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN