Adidas Kuasai Tajaan Jersi Dalam Saingan Liga Perdana Inggeris 2018/19

Jersi

Adakah daripada kalangan kita sudah mendapatkan jersi kelab yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris musim ini?

Andai dilihat kepada jersi 20 pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, terdapat juga beberapa jersi pasukan yang menarik minat penulis.

Namun bukan itu matlamat artikel pada kali ini, kami ingin membawakan anda senarai jenama jersi yang dikeluarkan bagi panduan anda untuk musim ini.

Adidas – raja musim ini

Pada musim ini, Adidas telah menaja sebanyak enam pasukan yang bertanding dalam EPL.

Ia menjadikan Adidas sebagai jenama yang paling banyak digunakan.

Tiga kelab yang dipromosi ke saingan liga utama iaitu Wolverhampton Wanderers, Cardiff City dan Fulham turut menggunakan jersi keluaran syarikat ini.

Manchester United dan Watford turut menggunakan Adidas.

Leicester City yang memakai jenama Puma pada musim lalu juga telah beralih ke Adidas.

Nike

Nike tak lekang memberi saingan untuk menempatkan nama dalam industri. Chelsea dan Manchester City antara yang mendapatkan khidmat daripada Nike.

Selain itu, Brighton & Hove Albion dan Tottenham Hotspur juga memilih Nike. Tidak hairanlah Nike menjadi antara ulung jenama yang digunakan oleh kelab-kelab Inggeris.

Umbro

Bagi sesetengah pihak, agak kekok untuk melihat Liga Perdana Inggeris tanpa nama Umbro. Nama itu sudah sebati bagi peminat jenama tersebut.

Umbro telah bersama Bournemouth, Everton dan Huddersfield Town musim ini. West Ham turut memilih mereka sekali lagi untuk musim ini.

Puma

Adakah mana-mana daripada anda menyukai Puma? Baiklah, anda boleh melihat lambang Puma pada jersi musim ini.

Antara kelab yang jersinya dibekalkan Puma ialah Arsenal, Burnley, Crystal Palace dan Newcastle United.

Lain-lain

New Balance masih mengekalkan kerjasama dengan Liverpool untuk semusim lagi. Kelab selatan Inggeris, Southampton dibekalkan jersinya oleh firma Amerika Syarikat, Under Armour.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN