Penyerang baru Chelsea, Alvaro Morata adalah pemain penting Antonio Conte musim ini. Morata kembali semula ke Itali untuk perlawanan menentang AS Roma.
Beliau gembira kembali ke Itali dan memiliki banyak kenangan di sana. Morata juga membayangkan yang beliau sentiasa terbuka untuk kembali ke Itali.
Lantas ada media membuat spekulasi beliau tidak gembira di London selepas Morata memberitahu yang London sedikit ‘stress’ berbanding dengan Itali.
Morata menafikan hal itu kemudian dan menyatakan beliau sanggup untuk kekal di Chelsea jika ada tawaran kontrak 10 tahun pun beliau akan tandatangani.
Cuma Alvaro Morata memiliki perasaan yang sangat istimewa di Itali. Beliau menyertai Juventus dan menjadi pemain yang digeruni ketika di sana.
Tetapi Morata mengakui dia membuat kesilapan besar apabila kembali semula ke Real Madrid. Morata mengharapkan dirinya akan berjaya di Real Madrid.
Tetapi Morata menyatakan yang Real Madrid melayan beliau teruk sekali.
“Mereka (Real Madrid) melayan saya seperti budak-budak.”
“Saya sukakan Itali, di sini ada segalanya, cantik, penuh sejarah, penuh artistik, masakan yang sedap dan juga fesyen. Saya sepatutnya tidak sesekali meninggalkan Juventus dan Itali untuk Real Madrid.”
“Kekecewaan saya selepas meninggalkan Juventus sangat teruk, saya terpaksa kembali semula ke garisan permulaan dalam karier. Mereka melayan saya seperti mana Juventus melayan saya 2 musim sebelum itu, ketika saya baru bermula.”
“Saya tiba di Itali seperti seorang budak dan kembali ke Sepanyol sebagai pemain sebenar. Saya sangat rindukan Itali, walaupun isteri saya lagi sukakan Sepanyol, saya pula memilih Itali.”